Monday 11 September 2017

PERTANDINGAN KECERIAAN KELAS SEMPENA MERDEKA 2017

Ini kali kedua Atuk dijemput oleh Sekolah Kebangsaan Parit Baharu untuk menjadi hakim pertandingan keceriaan kelas sempena bulan kemerdekaan; selepas bersara. Kali ini Atuk dijemput hadir sehari  sebelum cuti semester persekolahan iaitu pada 25 Ogos 2017. Rakan persaraan Atuk pun dijemput sama iaitu Tuan Haji Sulaiman Sukar.
 Sebelum memulakan pemarkahan, Encik Mohd Azli bin Suradi Guru Penolong Kanan Kurikulum sekolah ini telah memotong riben perasmian bulan kemerdekaan.


 Banner ni boleh digunapakai bertahun-tahun...ubah nama kelas sahaja.

 Sudut bacaan yang simple

 Replika kereta perisai
Perasmian bendera pada laras kereta perisai.

 Sudut permainan dalam (congkak) berinfo abjad

 Hijau maknanya faham, kuning ragu-ragu dan merah tidak faham atau tidak menguasai

 Hiasan meja murid

 Meja guru




















 





 Sudut barangan antik inilah yang Atuk paling minati.Terdapat koleksi radio lama tahun 70an,lampu gasoline, lampu ayam, sukatan gelen dan cupak.

Tarikh perolehannya 20 Februari 1975.

 Kreativiti...botol plastik digunasemula dijadikan bekas bunga berbentuk itik

 Meja guru berhias indah



 Sudut contoh makanan di zaman peperintahan Jepun

Nostalgia buat guru...suatu waktu dahulu mesin taip ini yang digunakan guru untuk menaip soalan dan surat- menyurat sebelum kemunculan teknologi komputer.
 Berpakaian bendera Malaysia....sungguh patriotik

Atuk sempat juga meraikan hari lahir empat orang guru yang lahir di bulan Ogos.Mereka adalah cikgu Mohd Zailani Somingan, cikgu Mohd Azli Suradi, cikgu Mohd Fezli Abu Bakar dan cikgu Safiah Ismail

Bertemu cucu Atuk....semakin lawa dan berkaliber kini di tahun 6 bakal menghadapi UPSR


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...