Monday, 30 January 2017

TAMAN PAYA BAKAU SERI MANJUNG

Taman ini dibina pada tahun 1994 dan dibuka kepada umum pada tahun 1995.Lokasinya antara jalan dari Seri Manjung ke Lumut.
Pada tahun 2005 taman ini disenggara dan diubahsuai oleh Majlis Perbandaran Manjung dengan membina laluan sejauh 366 meter dan lebarnya 2 meter.Di penghujung laluan dibina pula dua buah pondok untuk istirahat dan aktiviti memancing.

Walaupun taman ini tidak secantik dan luas seperti Hutan Kayu Bakau Larut Matang, Taiping namun ciri-ciri ekosistemnya masih terpelihara.Ia menjadi habitat bagi fauna seperti ketam,udang, pelbagai serangga, siput,burung-burung, biawak dan monyet.
Program pemeliharaan dan pemuliharaan hutan kayu bakau perlu diteruskan dari satu generasi ke satu generasi bagi menghalang hakisan pantai,mengekalkan kawasan habitat haiwan dan mendapatkan sumber kayu berharga.Antaranya dari jenis teruntum,tengar,perepat,lenggadai dan api-api.




 Menggali lubang ketam...mungkin makanannya


Laluan ke taman ini dalam keadan uzur...ada bahagian lantai berlubang dan reput. Pelawat perlu berhati-hati ketika berjalan.

Akar sokongan pokok kayu bakau

Monyet jantan

Comel anak monyet ni

 Pisang makanan kegemaran si monyet

 Mengambil air mineral dari motosikal pelawat.Anda harus berhati-hati ketika melawat : cuba elakkan membawa barangan dalam beg plastik dan beg tangan.Monyet suka merampas barangan tersebut dan melarikannya ke atas pokok.

Pandai pulak ia membuka botol
Pelawat tempatan (penduduk sekitar Manjung) suka memberi makanan kepada burung-burung dan monyet-monyet di sini ; yang merupakan satu khidmat masyarakat yang patut dipuji dan diteladani.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...