Monday 31 October 2016

TIRAM DI PANTAI SEKENDI

Siapa sangka tiram yang kelihatan asing  kini berada di daerah tempat tinggalku. 
Tiram di Pantai Sekendi (kira-kira 7 km dari Sungai Besar, Selangor) ini hidup dengan banyaknya pada batu-batu yang dilonggokkan di pesisir pantai tersebut. Batu-batu tersebut bukanlah batuan asal pantai ini; ia adalah batu penghalang hakisan ombak yang dibina oleh Jabatan Parit dan Saliran Sabak Bernam.
 Di pantai Sekendi yang indah inilah terdapat tiram dengan banyaknya

 Lihat batu-batu yang telah diselaputi tiram ini

 Membiak dengan banyaknya

Pandangan dekat

Objek yang kekuningan itu adalah tiram bersaiz sederhana

Membiak pada batang paip pvc

Cungkil menggunakan pemutar skru



Beginilah rupa tiram yang belum dibersihkan. Untuk mengambilnya kita
perlu menggunakan pemutar skru dan mencungkilnya pada batu tempat perumahnya.Harganya RM1.00 seekor jika dijual kepada pengusaha restoran makanan laut sekitar Sabak Bernam.
Setelah dibersihkan beginilah rupanya

 Isi tiram yang masih mentah

 Untuk memudahkan membukanya, kami kukus dahulu tiram itu. Jika suka anda boleh makan mentah bersama perahan lemon.Tiram dikatakan mengandungi khasiat zink dan baik untuk kesuburan lelaki.
Tiram mentah dengan perahan lemon

Rupa tiram sesudah dikukus(kelihatan mengecut).Bagaimana pun tiada butir mutiara dijumpai

Anda juga boleh memanggangnya

Tinggallah cengkerangnya setelah isinya diambil. Jangan buang merata-rata
 kerana cengkerang tiram ini boleh dijadikan hiasan lanskap.

Tiram sejenis karangan laut,
Di air masin tempat tinggalnya;
Permukaan batu tempat berpaut,
Terkenal kerana mahal harganya.



2 comments:

  1. Wah mudahnya dapat tiram ya..ditempat saya ada orang yang mencari siput yang melekat dibatu-batu pinggiran laut. Kulitnya yang keras mesti diketuk-ketuk dahulu. Kemudian isinya dicolek keluar. Dinamakan siput tukul. Juga boleh dimakan mentah dengan perahan limau, bawang merah & cilipadi.

    ReplyDelete
  2. Memang mudah...tapi ramai yang tidak mengenal teritip dengan tiram...itu yang disangkanya teritip (lebih lecil dari tiram)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...