Friday, 9 January 2015

PANTAI MORIB BANTING SELANGOR

Kira-kira 10 km dari Bandar Banting Selangor kita akan menemui sebuah pantai yang terkenal sejak dahulu di Daerah Kuala Langat bernama Morib. Pantai Morib dikatakan pernah menjadi kawasan pendaratan pasukan tentera India dari Batalion ke 46 tentera marin British pada 9 September 1945.


Sebuah tugu didirikan bagi mengingati peristiwa pendaratan tentera India itu.


 Gerai makanan sentiasa penuh dengan pelanggan di waktu petang hujung minggu



Kemudahan tandas dan surau

Petunjuk arah yang jelas

 Peringatan kepada pengunjung terutama Muslim

Dataran yang mempamerkan replika siput-siput tempatan







Boleh bergambar di samping replika



 Informasi Pelancongan Dipersembahkan Begitu Menarik
Laluan pejalankaki sengaja dibuat begini...unik sekali



 Dihiasi pepohon ru  dari keluarga Casuarina Equisetifolia


 Jalinan indah di pelantar pantai

 Tembok tinggi dibina bagi mengelakkan hakisan pantai. Walaupun pantai kurang
 sesuai untuk aktiviti mandi manda tetapi apabila air surut kita boleh
memperoleh hidupan laut seperti kepah pada lapisan pasirnya.




 Replika burung camar menarik  perhatian pengunjung


 Kemudahan beriadah disediakan



Tidak ketinggalan taman permainan kanak-kanak juga terdapat di sini


 Atas inisiatf Majlis Daerah Kuala Langat kelestarian alam di sini dikekalkan
 

Kunjungan anda ke sini mungkin bukanlah yang pertama dan terakhir bahkan anda mungkin berkunjung ke sini berkali-kali. Inilah khabar seindah rupa.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...