Dengan RahmatMu Ya Allah insan-insan istimewa ini telah dapat menghasilkan karya yang mungkin tidak boleh dikuasai oleh orang yang sempurna anggota tubuh badan. Ada yang tidak mempunyai tangan dan kaki tetapi masih boleh melukis menggunakan mulut.Ada yang tidak bertangan maka ia melukis menggunakan kakinya.Subhanallah.
Mereka tidak meminta-minta sebaliknya berusaha dengan karya-karya ini dan djual ke pasaran awam.Selain menjual lukisan mereka juga menjual cetakan lukisan mereka dalam bentuk kad ucapan hari raya dan hari jadi, jigsaw puzzle,buku harijadi, kalendar dan lain-lain.
Walaupun lukisan dan cetakan lukisan mereka djual agak mahal sedikit tetapi berbaloi dengan usaha gigih mereka berkarya dengan anggota badan yang tidak sempurna.
Lukisan Ismail bin Rakib
Lukisan Ng Ah Kwai
Beliau dilahirkan tanpa kedua belah tangan
Lukisan Ismail bin Rakib
Lukisan Aliah binti Talib
Itulah kebesaran Ilahi.Siti Aishah Yaacob menulis surat menggunakan kaki. Artikel ini diterbitkan dalam buku teks Pendidikan Moral Tingkatan Tiga.
Atuk sendiri melihat pelukis tanpa tangan ini semasa FLORIA 2010 di Putrajaya.Pengalaman yang tidak mudah dilupakan.Lihatlah betapa insan seni ini sungguh berbakat.
Sokonglah usaha mereka dengan membeli hasil karyanya.
Siti Aishah (39) pernah ditemuramah oleh Fizo dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O pada bulan Januari 2014
Lukisan Siti Aishah
No comments:
Post a Comment