Di rumah inilah tempat Atuk dilahirkan.Bagaimana mana pun rumah asal telah mengalami banyak perubahan setelah berlaku pengubahsuaian pada bahagian hadapan dan dapur.Atuk amat akrab dengan adik beradik semasa zaman kanak-kanak hingga sekarang.Susunan adik beradik Atuk:
Za'ayah binti Bakri (1952)
Salmiah binti Bakri (1954)
Atuk (1957)
Noriani (1963)
Nornisah (1965)
Rabayah (1968)
Di Balai Polis Sungai Air Tawar inilah kelahiran Atuk didaftarkan.
Gambar ini semasa Atuk berusia 3 tahun.Atuk amat sayang dan suka gambar ini kerana pada masa itu Atuk memakai seluar gantung (jarang orang memakainya sekarang).Lihatlah keayuan wajah bonda Atuk dan ketampanan ayahanda Atuk yang siap bertali leher.Dua orang kakak Atuk itu ialah Salmiah (berdiri sebelah kiri) dan Za'ayah (berdiri sebelah kanan)
Gambar Atuk ketika berusia 5 tahun.Lihat tanda bulu hitam di tangan kiri Atuk. Tanda itu kekal sehingga sekarang.
Atuk mempunyai tiga orang adik.Dua daripadanya ialah Rabayah dan Noriani (berdiri dari kiri) dan Nornisah (tiada dalam gambar)
Sekolah pertama Atuk ialah Sekolah Kebangsaan Sungai Air Tawar, kini bertukar menjadi SK Seri Mawar pada tahun 1994.
Sekolah pertama Atuk ialah Sekolah Kebangsaan Sungai Air Tawar, kini bertukar menjadi SK Seri Mawar pada tahun 1994.
Ketika tingkatan dua di SMK Munshi Abdullah.Atuk berdiri di belakang no 5 dari kiri.Gambar ini diambil pada tahun 1971
Semasa tingkatan lima di SMK Ungku Aziz (1974) Atuk no 7 berdiri dari kiri.
Semasa Atuk berusia 17 tahun.Ketika ini Atuk sedang menunggu keputusan SPM (1975)
Inilah wajah Atuk semasa berusia 18 tahun.Atuk tidak sikat lentok ke depan lagi kerana selepas bergunting rambut, tukang gunting tersebut telah tergunting lebih pendek daripada biasa.Makanya Atuk tak dapat nak sikat lentok ke depan, langsung sikat ke belakang sajalah (backcomb).Kebetulan pada masa itu John Travolta tengah popular dengan fesyen rambut seperti itu.
Bersama-sama rakan Atuk semasa tingkatan enam di SMK Aminuddin Baki Kuala Lumpur.
Di tingkatan enam atas SMK Aminuddin Baki (1976)
Atuk bersama Redaksi Pengarang Majalah SMK Aminuddin Baki (1976)
Atuk aktif dalam Koperasi (sebagai Pengerusi) SMK Aminuddin Baki (1976)
Zaman Atuk di Maktab Perguruan Raja Muda Kuala Lumpur (1977) di tahun pertama dan di maktab Perguruan Lembah Pantai K.Lumpur di tahun kedua.
Setelah tamat pengajian di maktab perguruan Atuk bertugas di lima buah sekolah:
SRK Seri Utama (1979- 1982)
SK Sungai Air Tawar (1983- 1991)
SK Kampung Baharu Sabak Bernam (1992-1998)
SK Tun Doktor Ismail (1999- Ogos 2002)
SK Parit Baharu (Sept 2002 - 11 Mac 2013 dan bersara)

Setelah menjadi guru bermula pada Mei 1979, Atuk lebih aktif berpengakap.Sebelum ini Atuk memang aktif dalam persatuan ini sejak tingkatan satu lagi di SMK Munshi Abdullah seperti foto di bawah.
Atuk nombor empat berdiri dari kanan
Atuk nombor empat berdiri dari kanan
Johan Perkhemahan Pengakap Sabak Bernam tahun 1972
(Atuk no 3 dari kiri)
Atuk menamat zaman bujang dengan mengahwini Junaini binti Mohamed Jaafar yang setahun lebih muda dari Atuk. Isteri Atuk ini sekampung dengan Atuk.(Atuk no 3 dari kiri)
Di rumah inilah Atuk dan isteri diijabkabulkan .Kini rumah ini sudah tiada (dirobohkan dan dibina di tempat lain tidak berapa jauh dari situ)
Atuk dikurniakan anak pertama Mohd Shazwan bin Mohammad Shafii yang dilahirkan pada 10 April 1985.Kini beliau telah pun berumahtangga.
Sudah mempunyai dua orang anak.Anak kedua Mohd Naqiuddin bin Mohammad Shafii lahir setahun selepas anak pertama.Lokasi : Pantai Morib Kuala Langat.
Kini bersama empat orang anak
Pertama kali bergambar lengkap dengan lima orang anak
Mohd Shazwan (10 April 1985) berdiri sebelah kanan
Mohd Naqiuddin (6 Julai 1986) berdiri sebelah kiri
Mohd 'Izzat (10 Januari 1989) duduk paling kiri
Mohammad Akmal (6 Ogos 1991) duduk paling kanan
Fatini (9 Februari 1994) duduk di tengah
Sekarang anak-anak Atuk dah remaja
Inilah jejaka-jejaka dan anak dara Atuk
Atuk menunaikan Haji pada tahun 1999 yang pada ketika itu berusia 42 tahun
Bersama isteri di kaki bukit (Jabal Rahmah) Arafah.
Sempat bergaya bersama unta
Kini Atuk sudah mempunyai menantu : Noraziah binti Zamran (Bukit Katil Melaka).Gambar ini ketika majlis walimah pada 9 Disember 2012.
Hasil dari perkahwinan mereka kini Atuk dianugerahi seorang cucu lelaki yang lahir pada 2 Oktober 2013
Bonda tercinta Atuk telah pulang ke Rahmatullah pada 2008
Ayahanda Atuk yang tersayang pulang ke Rahmatullah pada tahun 2010
Sepanjang perkhidmatan Atuk dalam Kementerian Pelajaran, Atuk bersyukur kerana mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 1993 dan 2010. Alhamdulillah ,Atuk bersyukur kepada Allah Subhanahu Wata'ala kerana dimurahkan rezeki .
Kini Atuk telah pun bersara mulai 12 Mac 2013 setelah berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia selama 33 tahun 10 bulan. Majlis persaraan Atuk diadakan pada 15 Mac 2013.Terima kasih semua warga SK Parit Baharu yang meraikan Atuk.
Jabatan Pelajaran Selangor juga turut meraikan persaraan Atuk bersama 638 orang kakitangan jabatan yang bersara pada tahun yang sama di Summit Hotel.
Setelah bersara kini Atuk berkebun secara kecil-kecilan (tanam pokok buah-buahan). Almaklumlah tenaga sudah berkurangan..sekadar mengeluarkan peluh agar Atuk sentiasa sihat wal'afiat.
Berbudi pada tanah banyak hasilnya dan barokah.InsyaAllah.Doakan Atuk sentiasa dalam keberkatan Allah Subhanahu Wata'ala.Amin.

No comments:
Post a Comment