Malaysia memang terkenal dengan pelbagai jenis pisangnya.Pisang mudah ditanam di negara ini yang beriklim Khatulistiwa yang menerima hujan dan panas sepanjang tahun.Sesuai ditanam ditanah pamah yang rata samada di tanah jenis tanah liat atau literit.Petani suka menanam pokok pisang kerana pisang adalah tumbuhan pelbagai guna.Selain dimakan mentah sebagai pencuci mulut, ia juga dijadikan kerepek,cip,serawa,gulai pisang muda,pisang goreng dan pisang salai.
Pisang Tanduk
Dalam setandan,bilangan buahnya tidak banyak tetapi besar.Sesuai untuk digoreng dan dibuat kerepek.Tidak sesuai untuk dimakan mentah.
Pisang Udang
Tidak banyak gunanya selain dimakan mentah apabila masak ranum.Buahnya kelihatan cantik kerana berwarna kemerah-merah walaupun masih muda.

Pisang Bantan
Sesuai dimakan mentah apabila masak ranum.Ketika masak buahnya mudah tanggal dari sisirnya.Rasanya lemak-lemah manis.Di sebelah utara ada juga yang memanggilnya pisang lemak manis.Buah yang masih mentah dan muda boleh dibuat gulai atau campuran masakan dalca.

Pisang Nangka
Pisang ini bertandan besar dan berat timbangannya.Rasanya agak kemasaman tetapi sesuai untuk digoreng atau dibuat serawa.Selain dari itu ia juga boleh dijadikan kerepek.

Pisang Emas
Pisang emas memang terkenal sejak dari dahulu kala sehingga dijadikan pembayang maksud pantun Melayu.Rasanya yang lemak manis lebih sedap dari pisang bantan.Yang muda boleh direbus dan ditumbuk bercampur gula dan kelapa parut(sejenis makanan masyarakat Jawa) atau dimasak gulai dan dalca.Daunnya dijadikan bahan pembungkus makanan kerana rasanya tidak pahit.

Pisang Abu Keling
Sedap digoreng atau dibuat kerepek kerana saiznya yang agak besar dari pisang biasa.Daun pisang ini lebar dan panjang sesuai untuk pembungkus makanan terutama membungkus kuih lopis.

Pisang Rastali
Pisang hanya sesuai dijadikan pencuci mulut apabila masak ranum.Tidak banyak kegunaan pisang ini kerana rasanya kurang manis.Ketka masak isi pisang ini berwarna keputihan.

Pisang tidak dapat dipisahkan kebudayaan masyarakat Melayu.Orang India pula gemar makan nasi berlapikkan daun pisang.
No comments:
Post a Comment