Wednesday, 18 September 2013

NASI AMBENG

Nasi ambeng memang popular di kalangan masyarakat Jawa sama ada di Malaysia atau di Pulau Jawa Indonesia (tempat asalnya keturunan Jawa di Malaysia).Nasi ambeng terdiri dari nasi putih (biasanya dimasak dengan melebihkan air daripada biasa agar lembik),serunding kelapa,ayam masak kicap(semur),rempeyek,tauhu dan tempe goreng serta bihun/mi goreng bercampur sayur kacang panjang/kacang buncis.

Nasi ambeng yang baru dibuka dari bungkusannya.Satu bungkusan ini boleh dimakan  tiga orang

 Ayam masak kicap (semur),boleh juga dimasukkan suhun, tauhu goreng atau telur rebus

 Selain mihun boleh juga diganti dengan mi goreng bersayur kacang buncis dan kobis.

 Nasi yang agak lembik sedikit

Serunding kelapa boleh disiapkan lebih awal . Jika dimasak hingga garing ianya boleh tahan lama sehingga sebulan dan disimpan di tempat yang sejuk kering.

 Hamparkan daun pisang di atas kertas surat khabar yang besar

 Letakkan nasi di bahagian tengah secara memanjang

 Taburkan serunding atas nasi diikuti dengan meletakkan ayam masak kicap ,mi goreng,tauhu serta rempeyek (jika ada).

 Tutup daun pisang seperti dalam gambar

 Diikuti pula dengan menutup helaian akhbar kiri dan kanan

 Gulung perlahan (dikhuatiri akan pecah di bahagian tengah) dengan kemas

 Selesai menggulung

Ikat gulungan dengan getah atau tali rafia. Pada zaman dahulu masyarakat Jawa mengikatnya dengan tali yang diperbuat dari batang pisang. Biarkan kira satu hingga dua jam baru dimakan supaya mendapat aroma daun pisangnya . Nasi ini biasa didapati ketika majlis kenduri doa selamat. Ia juga sesuai dijadikan bekalan untuk perjalanan yang jauh kerana tidak perlu membawa pinggan mangkuk atau bekas makanan.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...