Thursday 28 November 2019

KEMBARA ACEH : PULAU SABANG DAN PULAU RUBIAH

Untuk menyampaikan ke Pulau Sabang perkhidmatan feri disediakan di Pelabuhan Penyeberangan Ulee Lheue.Besar juga feri yang terdapat di sini , memuatkan lingkungan 300 penumpang.Alhamdulillah keadaan laut pada kali ini tenang, menenangkan perasaan Atuk.

 Tertarik juga Atuk dengan cincin-cincin yang dijual di sini.Ada yang bernilai hingga Rp900 ribu atau bersamaan RM300 .Wow...yang tu namanya batu solar Aceh.Pendam dulu hajat membeli.
  Teringat Atuk feri Langkawi...lebih kurang begitulah besarnya.

 Dermaga Kapal Cepat Balohan Sabang

Kompleks dermaga di Pulau Sabang yang masih dalam pembinaan, kelihatan besar dan boleh menampung ramai pengunjung.


Pengunjung di sini disambut oleh kenderaan moto roda tiga yang dipanggil Labi-labi.Walaubagaimana pun Atuk dan rombongan menaiki van sahaja ke hotel.

Alhamdulillah Atuk menginap di hotel ini, walaupun kecil tetapi cantik.

Semasa makan tengah hari, sempat Atuk merakam foto ini dan bertanya penduduk tempatan. Kata mereka pokok yang ditanam rapat-rapat itu namanya pokok kuda-kuda.Tujuan ditanam rapat dan diikatkan kawat pada batangnya adalah sebagai pagar dari serangan haiwan liar seperti khinzir
Batang pokok ini yang sudah besar dicantas, pucuk muda untuk makan lembu dan batangnya ditanam semula di tempat lain.Satu idea yang bagus yang boleh kita ditiru.

Destinasi seterusnya alah Pantai Sumur Tiga (Pantai Telaga Tiga)
Mengikut penceritaan telaga (sumur) ini berair tawar walaupun kedudukannya hampir sangat dengan pantai yang berair masin.
Inilah salah satu dari tiga sumur itu.Dalam dan struktur binaannya dari pasir dan batu-batu tempatan.

Sebelah petangnya kami bergerak pula ke Pulau Rubiah untuk melihat batu karang dan ikan dari bot kaca serta menyelam.
 Pulau Rubiah ini kecil tetapi airnya sungguh jernih dan nampak hidupan di dalamnya.

 Batu karang jelas kelihatan dari bot kaca.
 Yang teringin menyelam ada hikmahnya.Ikan di sini rupanya besar-besar dan jinak apabila diberi makanan.

 Rasanya lebih selesa tidak memakai jaket keselamatan sebab badan Atuk sentiasa timbul dan mudah menikmati keindahan di dalam laut.
 
 Selesai menyelam, kami ke Km 0 yakni kedudukan paling atas (utara) pagi Republik Indonesia.Sebenarnya ada satu pulau kecil lagi yang paling atas (tidak jauh dari Pulau Sabang) tetapi pulau ini kecil dan sepi ,tiada penempatan dan kegiatan manusia .Maka Pulau Sabanglah yang dipilih untuk diisytiharkan Km 0.
Mercu tanda Km 0 Pulau Sabang.
 Di akhir kembara Pulau Sabang kami mengabadikan foto di ikon ini 'I love Sabang' .



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...