Thursday 10 January 2019

MAHA 2018: LEMBU

Pada masa pertunjukan MAHA 2018 yang lalu Atuk amat tertarik dengan pameran lembu.Tidak sangka di Malaysia ada lembu yang sebesar ini.Paling membanggakan ianya diusahakan oleh penternak Bumiputera. Tahniah dan syabas
Lembu baka Holstein kacukan diternak oleh Encik Mohd Yazid bin Paiman dari Benut, Pontian Johor.Lembu ini berumur 4 tahun 6 bulan.Untuk dijual pada harga RM25,000.00 (Ringit Malaysia Dua Puluh Lima Ribu Sahaja)
Lembu baka Brangus diternak oleh Encik Iqbal dari Sepang Selangor.

Lembu baka Limousin diternak oleh Encik Ruzi dari Banting ,Kuala Langat,Selangor.

Encik Ruzi sedang ditemu ramah
Lembu baka Charolais, Beligian Blue diternak oleh Encik Ruzi juga
Anak lembu baka Charolais, Belgian Blue

 Lembu baka Charolais, Belgian Blue juga ,kelihatan panjang dan diternak oleh Institut Biodiversiti Vaterina Kebangsaan (IBVK) Jerantut Pahang.

Lembu baka Mafriwal diternak oleh PTH Air Hitam Kluang, Johor.

Lembu baka Belgian Blue diternak oleh Encik Kamaruzzaman dari Kota Tinggi Johor.

Seekor lembu yang dijadikan icon pameran di sini.Anda boleh bergambar dengannya.Beratnya melebihi 800 kg.
Kerana terlalu berat ia kelihatan pasif dan duduk sahaja.





2 comments:

  1. Besar-besarnya lembu ni. Gerun tengok.

    ReplyDelete
  2. Memang sangat besar...lama-lama terfikir ...sedap ke lembu besar-besar ni....tidak ke banyak lemak...lembu ni nak bangun pun nampak susah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...