Monday 30 January 2017

TAMAN PAYA BAKAU SERI MANJUNG

Taman ini dibina pada tahun 1994 dan dibuka kepada umum pada tahun 1995.Lokasinya antara jalan dari Seri Manjung ke Lumut.
Pada tahun 2005 taman ini disenggara dan diubahsuai oleh Majlis Perbandaran Manjung dengan membina laluan sejauh 366 meter dan lebarnya 2 meter.Di penghujung laluan dibina pula dua buah pondok untuk istirahat dan aktiviti memancing.

Walaupun taman ini tidak secantik dan luas seperti Hutan Kayu Bakau Larut Matang, Taiping namun ciri-ciri ekosistemnya masih terpelihara.Ia menjadi habitat bagi fauna seperti ketam,udang, pelbagai serangga, siput,burung-burung, biawak dan monyet.
Program pemeliharaan dan pemuliharaan hutan kayu bakau perlu diteruskan dari satu generasi ke satu generasi bagi menghalang hakisan pantai,mengekalkan kawasan habitat haiwan dan mendapatkan sumber kayu berharga.Antaranya dari jenis teruntum,tengar,perepat,lenggadai dan api-api.




 Menggali lubang ketam...mungkin makanannya


Laluan ke taman ini dalam keadan uzur...ada bahagian lantai berlubang dan reput. Pelawat perlu berhati-hati ketika berjalan.

Akar sokongan pokok kayu bakau

Monyet jantan

Comel anak monyet ni

 Pisang makanan kegemaran si monyet

 Mengambil air mineral dari motosikal pelawat.Anda harus berhati-hati ketika melawat : cuba elakkan membawa barangan dalam beg plastik dan beg tangan.Monyet suka merampas barangan tersebut dan melarikannya ke atas pokok.

Pandai pulak ia membuka botol
Pelawat tempatan (penduduk sekitar Manjung) suka memberi makanan kepada burung-burung dan monyet-monyet di sini ; yang merupakan satu khidmat masyarakat yang patut dipuji dan diteladani.


Tuesday 24 January 2017

BANJIR SABAK BERNAM 2017

Hujan lebat mulai turun di kebanyakan kawasan di Sabak Bernam mulai jam 3.00 petang pada 23 Januari 2017 dan berterusan hingga ke maghrib.Akibat dari hujan yang turun berjam-jam itu secara tak disangka-sangka beberapa kawasan di Sabak Bernam banjir.
(Sumber foto: Whatsapps)
 Pekan Sungai Besar banjir
(Sumber foto: Whatsapps)
 Pertama kali dalam sejarah Pekan Sungai Besar mengalami banjir kilat
(Sumber foto: Whatsapps)
Pondok Atuk di Kampung Sungai Air Tawar juga ditenggelami air.Walaubagaimana pun air tidak masuk ke pondok kerana binaan lantai pondok ini agak tinggi. Terima kasih kepada tukang rumah yang membina pondok Atuk yang menasihatkan Atuk agar binaan itu dibuat tinggi ,separas dengan jalanraya berhampiran.
Pondok Atuk seperti sebuah pulau.

Air bergenang di hadapan pintu pondok Atuk

 Halaman pondok ditakungi air

Banjir meliputi kebun di sekitar pondok.
Banjir ini mengingatkan Atuk akan banjir besar seluruh Malaysia termasuk kampung Atuk sendiri yang berlaku pada bulan November 1969.
Rumah adik ipar Atuk

 Banjir kali ini berlaku juga di kawasan sekolah iaitu di SAM Parit Baru.Lantaran itu sekolah ini ditutup untuk beberapa hari (Sumber foto: Facebook)

(Sumber foto : Facebook; Ishak Haron)
 Di sebuah rumah di Kampung Parit Baru
(Sumber foto : Facebook )
Di sebuah rumah di Bagan Nakhoda Omar

(Sumber foto: Whatsapps)
Mangsa banjir sekitar Kampung Parit Baru dan Kampung Sungai Apong dipindahkan ke Dewan Parit Baru.Mangsa-mangsa banjir di Sabak Bernam ditempatkan di Dewan Sri Bernam,Sungai Besar dan di Dewan Parit Baru.
(Sumber foto : Facebook; Mak Bunda)
Insan-insan prihatin menyantuni warga emas di pusat penempatan sementara mangsa banjir
(Sumber foto : Facebook)

(Sumber foto: Facebook: Nasri Bakri)
Antara NGO yang membantu mangsa banjir Sabak Bernam.Alhamdulillah banjir di Sabak Bernam ini tidaklah seteruk yang berlaku di Kelantan,Terengganu dan Pahang.Bagi Atuk peristiwa ini mudah-mudahan memberi keinsafan kepada kita semua agar menyedari akan kebesaran Allah.

Hujan yang lebat berjam lamanya,
Banjir melanda tak disangka-sangka;
Ujian Allah kenalah redha,
Punyai hikmah di sebaliknya.



Thursday 5 January 2017

KREATIVITI UNIK

Secara kebetulan dalam perjalanan Atuk untuk pulang dari Lumut ke Sabak Bernam, Atuk telah singgah di satu restoran mi rebus.Atuk selalu ke sini kerana ingin menikmati mi rebusnya yang sedap.Kali ini tidak sangka pula Atuk akan perubahan yang berlaku di tempat ini. Mari kita lihat.
Set kerusi dan meja ciptaan sendiri diperbuat dari tong drum minyak
begitu cantik


 Kerusi kreatif dari tong minyak


 Tidak ketinggalan dipamer juga set perkusi drum dan motosikal lagenda

 Meja kaunter pun bercorak unik

Maka Atuk pelawalah kalian singgah ke Mee Rebus Lekir


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...