Thursday 21 March 2013

KHAZANAH YANG KIAN DILUPAKAN

Banyak khazanah tempatan yang mula dilupakan orang.Perkembangan zaman moden sedikit sebanyak telah mengubah minda masyarakat menggunakan peralatan moden yang lebih mudah dan efektif.Lihatlah beberapa contoh khazanah lama yang kian dilupakan orang itu.

Seterika Arang
Seterika ini menggunakan arang kayu sebagai bahan api untuk memanaskannya.Ia memakan masa untuk menjadikan bara api sebelum seterika itu boleh digunakan. Biasanya sebelum menggosok pakaian, seterika ini perlu dilalukan pada sehelai daun pisang untuk menguji tahap kepanasannya.Sejak muncul seterika elektrik ia lama kelamaan dilupakan orang sebaliknya cuma dijadikan hiasan dalaman kerana seterika ini dibuat dari tembaga dan mahal harganya.

Batu Giling
Untuk menggiling rempah dan lada kering,alat inilah yang digunakan pada masa dahulu.Kemunculan pengisar elektrik menyebabkan alat ini diliupakan terus kerana ianya terlalu berat dan proses mengisar agak lambat dan perlu diulang-ulang.Bagaimana pun pada penggemar cili giling, menggunakan alat ini dikatakan boleh menyebabkan masakan lebih enak.

 Papan Basuh Baju
Dahulu alat ini digunakan untuk menyental kain basuhan supaya lebih bersih .Ia ringan dan mudah dibawa ke mana-mana.

 Kukur Kelapa
Teka teki yang berbunyi : Naik kuda tabur bunga. Inilah rupanya benda itu.Biasanya pengguna akan duduk pada bangku itu sambil tangannya memegang belahan buah kelapa yang telah dikupas ke arah muncung parut yang berbentuk bulat itu.Talam atau besen diletakkan di hadapannya.

Parut Kelapa Kayu
Parut ini jarang ditemui dan ia diperbuat daripada papan keras (seperti cengal) dan mata parut diperbuat dari keratan paku tembaga yang halus.Parut ini adalah hasil kerja tangan Almarhum Haji Bakri bin Kasmijan.

 Lampu Gasolin
Telah menjadi lumrah masyarakat dahulu menggunakan lampu gasolin ini untuk menerangi kegelapan malam. Sumbu lampu ini sukar dijumpai sekarang lantaran itu digantikan dengan lampu elektrik sebagai kenangan nostalgia.

Gerudi Tangan
Untuk menghasilkan lubang, gerudi tangan inilah yang sering digunakan.Bagaimanapun gerudi ini hanya boleh digunakan bagi tujuan membuat lubang pada kayu nipis atau papan.

Ketam Kayu
Ketam ini sudah jarang-jarang digunakan . Sekarang ketam ini hanya digunakan untuk mengetam bahagian kayu bagi tujuan meratakan permukaan kayu (jika pengetam elektrik tidak boleh berbuat demikian) pada bahagian-bahagian tertentu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...