Tuesday, 20 October 2015

HOTEL YEOB BAY TELUK SENANGIN

Tak kenal maka tak cinta. Setelah beberapa tahun beroperasi hotel ini telah mengorak langkah baru dengan sedikit pembaharuan.Namun perubahan yang sedikit itulah menarik hati Atuk untuk berkunjung semula ke sini.Kini hotel ini berwajah baru yang nampak lebih eksklusif setelah ditukar cat pada dinding luarannya.

Dahulu

Sekarang sudah dicat semula dengan warna yang lebih lembut

Kini lif sudah beroperasi...lihat ruang berpetak di bahagian tengah, disitulah kedudukan lif

 Pandangan sisi


 Ikon Yeob Bay Hotel


 Pagar simenpro dicat semula

 Ruang makan di perkarangan hotel

 Berhadapan pantai

Ruang parking yang luas untuk pengunjung








Lobi hotel yang kelihatan kemas dan menarik.

Yeob Bay nama hotelnya,
Menghadap laut nyaman udara,
Menginap di sini tentu selesa,
Sesuai bersantai bersama keluarga.

Tuesday, 29 September 2015

RUMAH WARISAN KELUARGA ATUK

Almarhum nenda Atuk bernama Sariban bin Saridin. Almarhum berasal dari kepulauan Jawa berjirah ke Tanah Melayu di awal tahun 1900an. Nenda Atuk berkahwin dengan Siti Zubaidah binti Haji  Jabar . Mereka tinggal di Kampung Sungai Air Tawar kekal hingga akhir hayat.
Inilah rumah Almarhum dan Almarhumah yang didirikan semula di tapak asal di awal tahun 1960an.Kini rumah ini dihuni oleh bonda saudara Atuk dan suaminya setelah kematian kedua nenda Atuk. Sedikit pengubahsuaian pada rumah asal dilakukan oleh bonda saudara Atuk ke atas rumah warisan ini iaitu menggantikan bumbung termasuk bumbung di bahagian tangga dan pagar bawah rumah .

 Rumah anjung : Lihat meja marmar pusaka nenda Atuk ada di sini

Bahagian dalam rumah

Rumah warisan almarhum ayahanda bonda Atuk mempunyai sedikit kelainan kerana ia bertema warna kemerahan. Bangunan induknya didirikan sekitar tahun 1950an dengan sedikit pengubahsuaian di bahagian tangga dan bumbungnya. Ubahsuai ini dilakukan semasa ayah bonda Atuk masih hidup lagi.

 Ini pula rumah bonda saudara Atuk: Hajah Jamaliah binti Sariban

Rumah bonda saudara Atuk : Hajah Munisi binti Sariban

Rumah pusaka jadi warisan,
Dijaga dipulihara dengan keikhlasan
Agar dikenang generasi hadapan,
Seni binaan jadi kebanggaan.

Saturday, 1 August 2015

FLORIA 2015: DEKORASI DALAMAN

Untuk mendapatkan idea menghias rumah , datanglah ke Floria Putrajaya. InsyaAllah tidak menghampakan. Berbagai-bagai dekorasi terdapat di sini hasil perahan idea pereka dekorasi dari dalam dan luar negara.Floria Putrajaya diadakan saban tahun, biasanya di bulan Jun.





























Mungkin tidak terlintas di fikiran kita idea mereka yang kreatif itu. Syabas.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...