Pages

Tuesday, 3 September 2013

BERKARYA DENGAN KIMPALAN

Idea ini nampak baru di Malaysia. Pencinta seni meluahkan karya melalui hasil kimpalan logam dan disertakan skrip sebagai keterangan. Hasil seni ini terdapat di Pulau Pinang dengan banyaknya sekitar Jalan Armenian ,Jalan Acheh,Jalan Campbell, Jalan Muntri dan banyak lagi. Mesej disampaikan berbentuk kartun.Sungguh menakjubkan apabila pertama kali melihatnya.

Di Jalan Acheh
Kimpalan logam ini menceritakan mengenai jemaah haji pada masa dahulu menaiki kapal laut untuk sampai ke Mekah. Kimpalan logam ini dicat hitam dan dipaparkan pada dinding batu berwarna cerah supaya imej timbul. Sungguh menarik dan cantik.

 Terletak berhampiran tokong cina di Jalan Muntri

 Di Jalan Campbell
Pengawal keselamatan di masa lampau selalunya dari keturunan Gurkha. Lihat serban yang dipakainya menggambarkan keunikan pelbagai bangsa di Malaysia.



 Di Jalan Armenian
Tandu digunakan untuk mengusung objek biasanya para pembesar.Namun dalam karya ini harimau pula yang diusung.

Di Lorong Soo Hong
Lanca 


Di Jalan Cannon
 Lanca..terkenal suatu masa dahulu. Seakan-akan beca tetapi ditarik oleh manusia
Nampak jelas logam yang dikimpal menjadi bentuk roda


Berkarya seni seperti ini perlu teliti dan kemasan. Hargailah hasil usaha gigih mereka itu kerana bukan semua orang boleh menghasilkannya.

No comments:

Post a Comment