Pages

Monday, 26 August 2013

GUNUNG JERAI, KEDAH

Gunung Jerai terletak dalam  Daerah Yan negeri Kedah Darul Aman.Gunung ini hampir keseluruhannya terletak di kawasan Hutan Simpan Gunung Jerai yang seluas 8560 hektar. Puncaknya berada pada ketinggian 1217 meter dari aras laut.

 Papan tanda Gunung Jerai yang terletak di kaki gunung bersebelahan lebuhraya Sungai Petani ke Alor Setar

Di belakang batu bersurat ini adalah Terusan Wan Muhammad Saman yang dibina lurus pada waktu malam menggunakan jamung ( api obor) supaya kelihatan lurus sampai ke Alor Setar. Idea ini diperolehi dari hasil lawatan Wan Muhammad Saman ke Siam (Thailand ) ketika beliau menjadi Menteri Besar Kedah dari tahun 1870 hingga 1898.

Jalan menaiki Gunung Jerai

Dari kaki gunung hingga ke puncak jauhnya 13 km. Dengan menaiki kereta, van atau pacuan empat roda kita akan sampai ke puncaknya memakan masa 30 minit kerana jalannya yang curam dan bengkang bengkok.

Pemandangan yang indah dari puncaknya


 Bunga Tiga Bulan subur di sini

 Deretan bunga tiga bulan di puncak Gunung Jerai

 Vriesea juga tumbuh subur dan cantik
Vriesea yang pelbagai warna


Orkid gergasi sudah berbuah

 Orkid gergasi ini dikatakan sebagai orkid paling besar di dunia


 Bunga orkid gergasi



 Resort di puncak gunung
 Tempayan tadahan air dari bumbung resort

 Orkid pinang

 Muzium Perhutanan

 Antara kayu berharga ada di sini

 Van pengangkutan boleh disewa untuk ke puncak gunung. Jika berani anda boleh membawa kenderaan sendiri tetapi awas kerana banyak jalan yang curam dan berliku.



 Papan Tanda di puncak gunung
 Kenderaan solar

 Sepit ketam (heliconia)

Nyaman dan indah ketika berada di puncak gunung.Suhu di sini di siang hari sekitar 19 darjah Celsius.


\

No comments:

Post a Comment