Selain pantai Morib, Bagan Lalang juga dikenali ramai sebagai pantai yang indah dengan pasir yang halus di bahagian selatan negeri Selangor. Pantai ini muram seketika apabila wabak penyakit Japanesse Encephalitis (JE) yang disebabkan oleh ternakan khinzir di Sepang dan Bukit Pelanduk Negeri Sembilan padal tahun 1999.Banyak resort yang gulung tikar kerana air pantainya tercemar dan pengunjung amat berkurangan. Kini pantai ini kembali pulih dan pelabur asing juga turut membina resort mewah di sini.
Ditumbuhi pohon-pohon ru yang tinggi dan rendang menyejukkan pemandangan
Sesuai menjadi venue hari keluarga
Berkemah dan bersantai di pantai
Pantainya landai, jika surut kawasan berpasir lebih luas dari padang bola sepak
Gerai jualan memeriahkan pantai
Resort mewah, Sepang Goldcoast
Resort mewah , bilik paling murah RM500 untuk dua orang. Sewaan bilik paling mahal dan besar adalah RM5000 sehari semalam.
Terdapat lebih dua ratus unit bilik di resort ini
Kepah, suatu masa dahulu banyak didapati di sini. Kini kian pupus
Tinggallah siput ini yang masih banyak didapati
Siput buluh ini tiba-tiba muncul di pantai Bagan Lalang.Biasanya siput ini didapati dengan banyaknya di Sabah.
Selesa kerana ada kemudahan parkir
Menara Penyelamat Pantai
Jom bersantai dan tenangkan fikiran di sini.

No comments:
Post a Comment