Pages

Sunday, 7 July 2013

PROSES PEMBESARAN MASJIDIL HARAM

Umat Islam dari seluruh dunia yang ingin mengerjakan haji dan umrah semakin ramai .Berjuta-juta umat Islam  akan memasuki bandar Mekah dan mengunjungi Masjidil Haram. Sebagai langkah persediaan untuk masa hadapan, Kerajaan Aras Saudi telah berusaha memberikan keselesaan buat jemaahnya.Langkah yang wajar antaranya ialah pembesaran kawasan Masjidil Haram yang bakal boleh menampung jutaan manusia pada satu-satu masa.

 Ruang untuk tawaf semakin sempit lantaran pembinaan sedang dijalankan di bahagian antara Safwa ke Marwah.Laluan ke telaga Zamzam telah ditutup dan diratakan.

 Kerja-kerja pembinaan berlaku 24 jam kecuali ketika Azan berkumandang dan solat fardu lima waktu berlangsung.

 Kerja-kerja pembesaran di bahagian antara Safwa ke Marwah (tempat Saie)




 Menara jam,hotel dan pusat perniagaan sudah siap sebahagiannya dan telah beroperasi.

No comments:

Post a Comment