Pages

Saturday, 6 July 2013

DESTINASI MIQAT

Miqat bermaksud ketentuan atau sempadan tempat jemaah umrah atau haji melafazkan niat umrah atau haji mereka. Ada beberapa tempat miqat yang biasa digunakan oleh jemaah untuk berniat ihram.Antaranya ialah Zulhulaifah atau Bir Ali.Ia kira-kira 10 km dari Madinah dan 425 km dari Mekah.

Perjalanan dari Madinah ke Mekah memakan masa yang lama. Untuk berniat ihram jemaah umrah atau haji akan singgah di masjid Bir Ali (10 km dari Masjid Nabawi).Di sini jemaah akan solat sunat tahiyatul masjid dan seterusnya solat ihram dan berniat untuk mengerjakan umrah atau haji.Kebanyakan jemaah tidak terlalu lama di sini kerana perjalanan ke Mekah masih jauh lagi (7-8 jam)

Setibanya di Mekah jemaah umrah akan tawaf keliling Kaabah dan seterusnya mengerjakan Saie darr Safwa ke Marwah

Bukit Safa
 Marwah
Bertahalul (bercukur / memotong sebahagian rambut)

Tempat-tempat lain miqat adalah Taneim,Ju'rona dan Hudaibiyah (Miqat bagi penduduk Mekah)

 Masjid Aishah, Taneim berkedudukan paling hampir dengan Mekah iaitu kira-kira 10 km sahaja.Ia juga digelar sebagai tempat miqat perempuan.

 Masjid Ju'rona tempat miqat yang agak jauh dari Mekah (29 km)

Di Masjid Hudaibiyah jemaah juga boleh berniat ihram (22 km dari Mekah)

No comments:

Post a Comment