Pages
▼
Sunday, 14 July 2013
Monday, 8 July 2013
Sunday, 7 July 2013
PROSES PEMBESARAN MASJIDIL HARAM
Umat Islam dari seluruh dunia yang ingin mengerjakan haji dan umrah semakin ramai .Berjuta-juta umat Islam akan memasuki bandar Mekah dan mengunjungi Masjidil Haram. Sebagai langkah persediaan untuk masa hadapan, Kerajaan Aras Saudi telah berusaha memberikan keselesaan buat jemaahnya.Langkah yang wajar antaranya ialah pembesaran kawasan Masjidil Haram yang bakal boleh menampung jutaan manusia pada satu-satu masa.
Ruang untuk tawaf semakin sempit lantaran pembinaan sedang dijalankan di bahagian antara Safwa ke Marwah.Laluan ke telaga Zamzam telah ditutup dan diratakan.
Kerja-kerja pembinaan berlaku 24 jam kecuali ketika Azan berkumandang dan solat fardu lima waktu berlangsung.
Kerja-kerja pembesaran di bahagian antara Safwa ke Marwah (tempat Saie)
Menara jam,hotel dan pusat perniagaan sudah siap sebahagiannya dan telah beroperasi.
Saturday, 6 July 2013
DESTINASI MIQAT
Miqat bermaksud ketentuan atau sempadan tempat jemaah umrah atau haji melafazkan niat umrah atau haji mereka. Ada beberapa tempat miqat yang biasa digunakan oleh jemaah untuk berniat ihram.Antaranya ialah Zulhulaifah atau Bir Ali.Ia kira-kira 10 km dari Madinah dan 425 km dari Mekah.
Perjalanan dari Madinah ke Mekah memakan masa yang lama. Untuk berniat ihram jemaah umrah atau haji akan singgah di masjid Bir Ali (10 km dari Masjid Nabawi).Di sini jemaah akan solat sunat tahiyatul masjid dan seterusnya solat ihram dan berniat untuk mengerjakan umrah atau haji.Kebanyakan jemaah tidak terlalu lama di sini kerana perjalanan ke Mekah masih jauh lagi (7-8 jam)
Setibanya di Mekah jemaah umrah akan tawaf keliling Kaabah dan seterusnya mengerjakan Saie darr Safwa ke Marwah
Bukit Safa
Marwah
Bertahalul (bercukur / memotong sebahagian rambut)
Tempat-tempat lain miqat adalah Taneim,Ju'rona dan Hudaibiyah (Miqat bagi penduduk Mekah)
Masjid Aishah, Taneim berkedudukan paling hampir dengan Mekah iaitu kira-kira 10 km sahaja.Ia juga digelar sebagai tempat miqat perempuan.
Masjid Ju'rona tempat miqat yang agak jauh dari Mekah (29 km)
Di Masjid Hudaibiyah jemaah juga boleh berniat ihram (22 km dari Mekah)
Tuesday, 2 July 2013
MASJID NABAWI MADINAH
Nama asal Madinah adalah Yathrib.Bandar Yathrib ini diasaskan oleh Yathrib bin Mahlaeil. Yathrib ketika itu hanyalah merupakan kawasan subur yang ditanami pokok buah-buahan dan sayur-sayuran dan terdapat sumber air .Ini menyebabkan ramai orang berkunjung dan menetap di situ. Selepas peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah, Yathrib dikenali sebagai Madinah Al Munawarah yang bermaksud Bandar/Kota Yang Bercahaya.
Pintu masjid yang berhias indah
Tapak Masjid Nabawi berasal dari tempat mengeringkan tamar(kurma) milik dua orang anak yatim bernama Suhail dan Sahl. Kawasan ini dipenuhi runtuhan batu dan perkuburan orang bukan Islam.Sebelum didirikan masjid tapak ini telah dibersihkan dan perkuburan orang bukan Islam itu di pindahkan ke tempat lain.Bahan binaan asal Masjid Nabawi ini adalah dari susunan batu yang ditampal tanah liat, batang kurma dan pelepah kurma sebagai bumbungnya.Perubahan telah banyak berlaku dengan struktur binaan masjid ini mengikut citarasa pemimpin/kerajaan seterusnya hingga sekarang dengan melakukan penambahbaikan.
Tapak Masjid Nabawi berasal dari tempat mengeringkan tamar(kurma) milik dua orang anak yatim bernama Suhail dan Sahl. Kawasan ini dipenuhi runtuhan batu dan perkuburan orang bukan Islam.Sebelum didirikan masjid tapak ini telah dibersihkan dan perkuburan orang bukan Islam itu di pindahkan ke tempat lain.Bahan binaan asal Masjid Nabawi ini adalah dari susunan batu yang ditampal tanah liat, batang kurma dan pelepah kurma sebagai bumbungnya.Perubahan telah banyak berlaku dengan struktur binaan masjid ini mengikut citarasa pemimpin/kerajaan seterusnya hingga sekarang dengan melakukan penambahbaikan.
Ruang dalam bahagian belakang
Petunjuk waktu solat
Seni bina yang indah
Saluran penghawa dingin terletak di pangkal tiang masjid
Hiasan kubah dari dalam
Raudhah
Lorong melalui makam Nabi Muhammad SAW
Makam Nabi Muhammad SAW ada di dalam (Boleh dilihat melalui lubang tersebut)
Makam Nabi SAW,Saidini Abu Bakar dan Saidina Umar Al Khatab
Masjid Nabawi dari luar (Kubah Hijau adalah setentang dengan dengan Makam Nabi Muhammad SAW)
Pekerja pembersihan masjid tekun bekerja
Waktu senja di perkarangan masjid
Pemandangan di waktu malam
Bekalan Air Zamzam dibawa dari Mekah
Pekerja yang tekun menjalankan tugas
Minum Air Zamzam
Tong besar Air Zamzam
Gelas plastik yang telah digunakan dikumpulkan di sini. Bersih dan kemas dan sukar didapati di masjid-masjid lain di dunia (selain Masjidil Haram)