Pages

Tuesday, 4 September 2012

SEKOLAH RENDAH ATUK TELAH BERUBAH WAJAH

Sekolah bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Sungai Air tawar (sekarang dikenali sebagai SK Seri Mawar).Hampir keseluruhan bangunan sekolah Atuk dahulu telah dirobohkan dan diganti dengan yang baru.Yang tinggal cuma bangunan satu tingkat yang sekarang djadikan Pusat Sumber sekolah.Sekolah ini mula dibuka pada tahun 1930 an.Atuk berbangga kerana sekolah ini bertambah ceria dan berlaku banyak pembangunan di sini.Atuk bersekolah di sini dari tahun 1964 hingga 1969.

Sekarang ditukar nama kepada SK Seri Mawar pada tahun 1992 hasil usaha 
Guru Besarnya bernama Sabri @ Baba bin Abdullah.

Astaka di atas kolam ikan dibina pada tahun 1988.
  Tangga Di Hadapan Pejabat
Hasil karya Atuk pada tahun 1983: masih ada di bilik PSS diperbuat dari manggar dan tampuk kelapa serta berbingkaikan kayu meja murid terpakai.

Replika setangkai mawar gergasi..

Bunga kertas indah berseri

Astaka di bangunan kantin

Sudut kaktus

Pondok bacaan

  Bilik Kesihatan (tahun 2012)













 Tandas Pendidikan Khas

Kerinduan kepada sekolah lama terurai apabila berpeluang melawat sekolah ini setelah sekian lama tidak berbuat demikian.Alhamdulillah.



















No comments:

Post a Comment