Pages

Monday, 3 September 2012

SEKOLAH ATUK SEMASA TINGKATAN 6

Atuk bersekolah di SMK Aminuddin Baki Kuala Lumpur semasa berada di tingkatan enam.Di sekolah ini mulalah Atuk mengenal kehidupan di bandar yang sangat jauh beza dengan tempat tinggal Atuk sebelumnya.Atuk telah melawat sekolah ini pada akhir 2011 lalu dan banyak perubahan berlaku pada struktur dan lanskap bangunannya.Atuk bersekolah di sini dari pertengahan tahun 1975 hingga tahun 1976.

Lanskap yang indah dan ceria bersebelahan kantin
Kekal pada bentuk lama
Masih kekal pada struktur lama...masih kukuh dan indah

Dewan SAB
Blok Hadapan
Atuk dan isteri pernah bersekolah di sini









Dewan SAB yang telah dibesarkan dan bertambah ceria


 Mural yang cantik
 Kantin yang bersih
 Lanskap bersebelahan Dewan SAB
 Reflika Jubli Emas pada 2008
 Coaster disediakan untuk kegunaan pengangkutan pelajar
Lanskap yang menarik
 Pintu pagar utama
Laluan untuk menunggu bas dan penjaga

SMK Aminuddin Baki telah dua kali dianugerahi Sekolah Berprestasi Tinggi iaitu pada tahun 2010 dan 2012.Tahniah atas kejayaan demi kejayaan dicapai diperingkat kebangsaan dan antarabangsa.

Gambar Nostalgia Pelajar Asrama SAB...berlatar belakang mural dinding dewan makan asrama.Mural ini dilukis oleh Atuk dan rakan-rakan pada tahun 1975.Kenangan yang sangat manis buat Atuk.Kini mural ini telah tiada..telah menjadi SMK Taman Maluri Kuala Lumpur.

No comments:

Post a Comment