Air Terjun Chamang tidak jauh dari pekan Bentong kira-kira 9 km sahaja.Anda boleh menaiki kereka melalui jalan yang bengkang-bengkong dan parkir berhampiran dengan kawasan air terjun.
Air yang bersih dan jernih menarik perhatian pengunjung sama ada dari dalam atau luar negeri. Pertama kali Atuk sampai di sini bersama keluarga dan kami terpesona dengan keindahan alam semula jadinya.
Pada waktu ini aliran airnya tidak begitu deras dan sesuai untuk mandi-manda.
Ada tanah cangkat yang disediakan beriadah dan barbeque.Keindahan dan kebersihan kawasan rekreasi ini nampak terurus dan dikawal selia oleh Majlis Perbandaran Bentong.
Aliran air terjun dilihat dari jambatan gantung Air Terjun Chamang
Cucu Atuk memang suka bermain air
Tempat yang cetek agak luas juga, sesuai untuk kanak-kanak bermain air
Yang berwarna agak gelap menunjukkan paras air yang dalam, sesuai untuk dewasa sahaja
Secara kebetulan ada pula pertunjukan ular hijau (ulau daun) oleh penduduk tempatan
Cucu Atuk ..Raisya Hanna empat tahun, tidak takut ular lalu dipegangnya
Air Terjun Chamang cantik sekali,
Di hutan Bentong ia tersembunyi;
Pelancong tertarik datang ke sini,
Deruan air nyaman tak terperi.
Menarik tempatnya.
ReplyDeleteBelum pernah sampai lagi.
Alhamdulillah...sesuai membawa anak-anak kecil berkelah.Bawalah bekal makanan...gerai yang ada tak banyak pilihan.
ReplyDeleteBoleh camping bermalam ke di situ?
ReplyDeleteUntuk camping dan bermalam...rasanya perlu hubungi Majlis Perbandaran Bentong
ReplyDelete