Pages

Thursday, 16 May 2019

KOLAM AIR PANAS PORING, SABAH

Satu lagi tempat tarikan pelancong di Sabah ialah Kolam Air Panas Poring.Lokasinya kira-kira 13 km dari pekan Ranau.Poring itu sendiri terletak dalam kawasan Taman Kinabalu.
Jika mempunyai daya ketahanan, boleh mendaki lebih sedikit untuk sampai ke canopy walkway yang merupakan jambatan gantung yang tertinggi dari aras laut di Asia Tenggara.
 Pemandangan yang sungguh menarik: jambatan konkrit berbentuk buluh
 Bunyi air yang mengalir deras memecah keheningan hutan
 Jambatan lama yang usang sudah tidak digunakan lagi.Bagaimanapun ia masih dikekalkan untuk tatapan ramai.Sungai di bawahnya mengalir deras...airnya sentiasa panas dan bersulfur



Hutan di persekitaran yang kekal dipelihara.

 Poring berasal dari nama pering iaitu buluh.Buluh hidup liar dengan banyaknya di sini dan bersaiz besar.
 
 Papan tanda yang lengkap untuk kemudahan para pelawat yang datang
Bilik mandi tertutup

 Kolam air panas terbuka

 Kolam air panas tertutup

 Lebihan air panas dialirkan keluar

Tempat berendam kaki (berbumbung) di air panas.Maaf... hanya bumbung bangunan sahaja yang Atuk pamerkan, kerana pengunjung di sni sedang berendam kaki secara terdedah (terbuka aurat).


No comments:

Post a Comment