Pages

Wednesday, 10 January 2018

KOLEKSI BASIKAL SEORANG KAWAN

Atuk mempunyai kenalan di Balik Pulau, Pulau Pinang.Hobinya berbasikal.Sejak mula bertugas sebagai guru hinggalah sekarang hobinya tidak pernah luntur.Beliau adalah Haji Mohammad Aluwi bin Ismail yang kini tinggal di 
Lebuh Sungai Burung 2, Balik Pulau,Pulau Pinang.

 Inilah basikalnya yang dibeli menggunakan gaji yang pertama setelah menjawat jawatan sebagai seorang guru terlatih pada tahun 1981.Beliau berasal dari Kampung Tiram Jaya, Tanjung Karang Selangor.

 Semua basikal-basikalnya masih dalam keadaan baik dan ada di antaranya kini mencecah harga kepada RM24,000.Kesemua basikalnya bukan untuk dijual malah sebagai koleksi yang amat tinggi nilainya

 Beliau lebih suka ke tempat kerja dengan menaiki basikal

 Basikal untuk orang perempuan berjenama Raleigh masih elok dan cantik dalam simpanannya.




 Tidak ketinggalan juga basikal jenis mountain bike pun ada.Basikal ini beliau gunakan untuk menaiki Bukit Bendera dan bukit sekitarnya.


 Tidak hairanlah dengan berbasikal antaranya menyebabkan beliau kelihatan lebih sihat berbanding rakan-rakan seusia dengannya.

Jika anda berminat melawat , datanglah ke No 40 Lebuh Sungai Burung 2, 
11000 Balik Pulau, Pulau Pinang.

2 comments:

  1. Tengok gerek tua tu nostalgia sungguh rasa...dulu2 arwah pak mula niaga pakai basikal ada 'pelantar' besar tu la. Kami panggil gerek tua.

    ReplyDelete
  2. Gerek kan bahasa oghang Kedah....basikal tua Raleigh arwah saya dah dikebas oghang...dah hilang nostalgianya.

    ReplyDelete