Pages

Wednesday, 11 October 2017

JONKER WALK MELAKA

Jonker Walk Melaka ini diujudkan sejak 1990 lagi yang bertujuan untuk mengkhususkan laluan merentasi bangunan-bangunan kedai yang bersejarah dengan dagangan berupa kraftangan, barang antik dan kesenian Baba dan Nyonya.Ia terletak di Jalan Hang Jebat.


 Pintu gerbang ini dibina pada tahun 2010 ini tidak melambangkan tarikh permulaan Jonker Walk dibuka.Jonker Walk sebenarnya bermaksud Pesiaran Jonker.Dulunya Jonker Street atau Jalan Jonker.
Pasar malam Jonker Walk dibuka pada hari Jumaat,Sabtu dan Ahad dari jam 6.00 petang hingga 10.00 malam kecuali gerai makanan beroperasi hingga larut malam.Laluan ini ditutup kepada semua jenis kenderaan.
 Mempromosikan produk kopi 

 Di tengah-tengah Jonker Walk ini didirikan pentas khas untuk persembahan kebudayaan tetapi pada malam foto ini diambil hanya terdapat persembahan karaoke.Kebanyakan penonton dan penyanyi karaoke ini adalah warga emas berbangsa Tionghua.

Alat permainan yang inovatif pun ada dijual .Ini adalah Alien vs Predator.

 Terompah ini dijual pada harga RM18.00 sepasang.Sungguh murah dan 
berpatutan harganya.Namun pengemar kasut jenis ini sudah mulai berkurangan.

 Koleksi tembikar

 Ini bukan terompah sebenar. Ia adalah replika terompah bersaiz kecil untuk perhiasan bermagnet.

 Bagi penggemar barang antik terutama wang kertas lama dan poskad, di sinilah anda boleh mendapatkannya.Untuk melihat banyak lebih banyak barangan antik yang murah, datanglah pada siang hari.Pasti tak menghampakan.

Parkir di sini sukar diperolehi jika lambat berkunjung.Parkir persendirian banyak didapati di sini dengan kadar bayaran RM5.00 .Tidak berbaloi meletakkan kereta di parkir persendirian jika hajat anda berkunjung di sini semata-mata untuk mencuci mata sahaja.

2 comments:

  1. Adoi comelnya kasut kayu tu...Ingat masa budak2 dulu, Kalau dapat sepasang prong prang prong prang bunyi jalan atas tar. Syok tak terkata...Tambah2 kalau jalan ramai2 dgn kawan.

    ReplyDelete
  2. Kami dulu gunakan hanya kat bilik mandi atau tandas jer...memang seronok

    ReplyDelete