Pages

Tuesday, 11 July 2017

MASJID ZAHIR ALOR SETAR WAKTU MALAM

Masjid Zahir juga dikenali sebagai Masjid Zahrah merupakan Masjid Negeri Kedah. Kedudukannya di tengah-tengah bandar raya Alor Setar. Tapak masjid ini sebelum proses pembinaannya adalah merupakan tanah makam 1000 orang wira-wira Kedah yang gugur mempertahankan negeri Kedah dari serangan 
Kerajaan Siam pada tahun 1821.

Rekabentuk masjid ini diilhamkan dari Masjid Azizi di Bandar Langkat Sumatera Utara.Ia dihiasi dengan pembinaan lima buah kubah yang
melambangkan lima rukun Islam.

 Bangunan ini mempunyai keluasan 124,412 kaki persegi di mana dewan tengahnya berukuran 62 x 62 kaki dikelilingi beranda 4 kaki lebar dengan memiliki 4 anjung yang setiap satunya mempunyai satu kubah.Menara utamanya pula terletak di bahagian timurlaut bangunan masjid ini.

Masjid Zahir ini dibina pada tahun 1912 atas usaha Yang Teramat Mulia Tunku Mahmud ibni Sultan Abdul Halim Shah.Pada masa itu Tunku Mahmud membaca khutbah sementara Baginda Sultan Abdul Halim pula mengimamkan solat Jumaat.Kini usia masjid ini sudah melewati 100 tahun.

Bahagian dalam dewan utama (dewan solat).
Masjid ini mampu menampung 2200 jemaah pada satu-satu masa.

Bahagian dalam kubah utama



Mimbar masjid yang diperbuat daripada kayu keras berukir halus.Mimbar ini adalah mimbar yang asal sejak masjid ini dibina.Terdapat ukiran berbentuk bunga dan tumbuhan dan beberapa sudut terdiri dari ukiran berbentuk geometrik.

Pemandangan dari luar masjid
Dihiasi kolam air pancut

Masjid Zahir di negeri Kedah,
Umat Islam menunai ibadah;
Masjid cantik terkenal sudah,
Dalam dunia keempat terindah.

No comments:

Post a Comment