Pages

Sunday, 23 July 2017

KRAFTANGAN WARISAN DI PREMIS USANG

Melihat pada foto premis tiga tingkat di bawah anda sudah pasti beranggapan tiada apa yang perlu dibanggakan. Namun hakikatnya di sini antara warisan kraftangan rotan yang masih bertahan hingga sekarang dengan mengekalkan identiti lamanya.
Lokasinya adalah di Lebuh Chulia

 Inilah antara barangan kraf dari rotan yang dihasilkan sini sejak puluhan tahun dahulu.

 Pemilik dan pengusaha premis ini senyum dan tenang menghadapi zaman yang mencabar ini.Atuk terlupa pula bertanya nama dan berapakah usianya.

 Kerusi rotan ini kelihatan kemas buatannya dan masih mendapat tempat di kalangan penggemarnya.

 Tempat menghasilkan kraf rotan terletak di bahagian dalam premis ini.Sebahagiannya menggunakan peralatan moden seperti mesin penebuk lubang dan lain-lain.
 Generasi muda jarang mahu melibatkan diri dalam perniagaan sebegini.Mereka lebih menyukai karier yang melibatkan teknologi terkini ,mudah dan lumayan.

2 comments:

  1. Kalau kraftangan @ badan kerajaan yang berkaitan rajin buat promosi tentu perabot & perhiasan dari rotan ini sentiasa ada tempat dan digemari ramai. Saya suka tapi malangnya kat tempat saya susah nak cari barang buatan dari rotan.

    ReplyDelete
  2. Betul tu...hanya sesekali muncul di pameran kraftangan Malaysia ..itupun dijual dengan harga yang tinggi

    ReplyDelete