Siapa sangka tiram yang kelihatan asing kini berada di daerah tempat tinggalku.
Tiram di Pantai Sekendi (kira-kira 7 km dari Sungai Besar, Selangor) ini hidup dengan banyaknya pada batu-batu yang dilonggokkan di pesisir pantai tersebut. Batu-batu tersebut bukanlah batuan asal pantai ini; ia adalah batu penghalang hakisan ombak yang dibina oleh Jabatan Parit dan Saliran Sabak Bernam.
Di pantai Sekendi yang indah inilah terdapat tiram dengan banyaknya
Lihat batu-batu yang telah diselaputi tiram ini
Membiak dengan banyaknya
Pandangan dekat
Objek yang kekuningan itu adalah tiram bersaiz sederhana
Membiak pada batang paip pvc
Cungkil menggunakan pemutar skru
Di pantai Sekendi yang indah inilah terdapat tiram dengan banyaknya
Lihat batu-batu yang telah diselaputi tiram ini
Membiak dengan banyaknya
Pandangan dekat
Objek yang kekuningan itu adalah tiram bersaiz sederhana
Membiak pada batang paip pvc
Cungkil menggunakan pemutar skru
Beginilah rupa tiram yang belum dibersihkan. Untuk mengambilnya kita
perlu menggunakan pemutar skru dan mencungkilnya pada batu tempat perumahnya.Harganya RM1.00 seekor jika dijual kepada pengusaha restoran makanan laut sekitar Sabak Bernam.
Setelah dibersihkan beginilah rupanya
Isi tiram yang masih mentah
Setelah dibersihkan beginilah rupanya
Isi tiram yang masih mentah
Untuk memudahkan membukanya, kami kukus dahulu tiram itu. Jika suka anda boleh makan mentah bersama perahan lemon.Tiram dikatakan mengandungi khasiat zink dan baik untuk kesuburan lelaki.
Tiram mentah dengan perahan lemon
Tiram mentah dengan perahan lemon
Rupa tiram sesudah dikukus(kelihatan mengecut).Bagaimana pun tiada butir mutiara dijumpai
Anda juga boleh memanggangnya
Anda juga boleh memanggangnya
Tinggallah cengkerangnya setelah isinya diambil. Jangan buang merata-rata
kerana cengkerang tiram ini boleh dijadikan hiasan lanskap.
Tiram sejenis karangan laut,
Di air masin tempat tinggalnya;
Permukaan batu tempat berpaut,
Terkenal kerana mahal harganya.
Wah mudahnya dapat tiram ya..ditempat saya ada orang yang mencari siput yang melekat dibatu-batu pinggiran laut. Kulitnya yang keras mesti diketuk-ketuk dahulu. Kemudian isinya dicolek keluar. Dinamakan siput tukul. Juga boleh dimakan mentah dengan perahan limau, bawang merah & cilipadi.
ReplyDeleteMemang mudah...tapi ramai yang tidak mengenal teritip dengan tiram...itu yang disangkanya teritip (lebih lecil dari tiram)
ReplyDelete