Haiwan laut ini biasa ditemui ketika air pasang di waktu pagi. Ia berenang berpasangan di gigi air yang berpasir yang sedikit berlumpur.Ahli sains menganggap belangkas adalah salah satu haiwan purba yang masih masih hidup hingga sekarang tanpa evolusi melalui bukti yang haiwan ini berdarah biru.
Ia sentiasa berpasangan ketika bergerak di air.
Yang di atas itu belangkas jantan (lebih kecil) dan yang di bawah itu pula belangkas betina.
Setelah disiang kakinya (hanya belangkas betina), siang pula bahagian tepi lingkaran bulat .Telur akan kelihatan dengan banyaknya.
Telur dan daging belangkas boleh dimakan.Buangkan bahagian nyahtinja dahulu kerana ianya beracun. Racun yang dimaksudkan hanyalah sekadar mabuk kepada sesiapa yang memakannya.Ia boleh dimasak tumis , masak lemak berkunyit atau apa jua jenis masakan asalkan pedas supaya rasa hanyirnya hilang atau berkurangan.
No comments:
Post a Comment