Semasa sedang membeli belah di TESCO Seberang Perai, Atuk terserempak dengan sekumpulan pemuda Tionghua sedang mengadakan aksi tarian singanya sempena Tahun Baru Cina.Tarian Singa dikatakan telah wujud lebih 1000 tahun dahulu di utara dan selatan China.Tarian Singa Utara selalunya mengenakan kostum berwarna jingga,kuning,merah dan hijau.Ia selalu dipersembahkan dalam majlis diraja serta menyelitkan unsur akrobatik bertujuan untuk hiburan.Sementara Tarian Singa Selatan pula mengenakan kostum yang lebih garang bertujuan menghalau roh jahat (mengikut kepercayaan orang-orang cina)
Memberi gula-gula
Pasukan gendang cina
Angpau ditindih dengan sebiji limau diletakkan di kaunter bayaran
Singa menundukkan kepala untuk mengambil angpau
Atuk pula tidak ketinggalan dapat mengambil buah limau bersaiz XL.Terima kasih kepada penganjur.
No comments:
Post a Comment