Pages

Sunday, 13 January 2013

MULBERI

Pokok mulberi banyak kegunaannya.Daunnya untuk makanan ulat sutera.Pohonnya yang rimbun boleh dijadikan lanskap yang menarik dan ada menjadikannya sebagai tumbuhan bonsai.Buahnya boleh dimakan ,rasanya masa-masam manis.Pucuk mulberi boleh dicelur dan dibuat ulam.Buah mulberi,jikalau banyak boleh dibuat jem..Untuk menggalakkanya berbuah,sering-seringlah mencantas dahannya hingga hampir ke pangkal batangnya.Oleh kerana minat Atuk menanamnya serumpun di halaman rumah.

 Senang ditanam.Anda perlu menanam keratan batangnya

Anda perlu rajin mencantas dahannya nescaya akan tumbuh tunas baru
 serta mengeluarkan bunganya

Buah pun mula berputik



Hampir masak,warnanya kemerah-merahan



Hampir masak.Jika ranum akan berubah menjadi ungu

Hampir berwarna ungu kehitaman


Ungu kehitaman menandakan telah masak

Inilah pohon malberi yang telah dibonsaikan (koleksi foto Floria Putrajaya 2012)
Tingginya tidak sampai satu meter.Menarik kan?


No comments:

Post a Comment