Pages

Wednesday, 8 August 2012

MASJID TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN,PUTRAJAYA

Masjid ini dibina pada 5 April 2004 dan diserahkan kepada JAKIM setelah siap pada 19 Ogos 2009 dan dinamakan sempena nama DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang ke 13..Masjid ini boleh memuatkan 20,000 orang pada satu-satu masa ,Kos pembinaannya adalah RM200 juta dengan melibatkan struktur binaannya mengandungi 6000 tan besi.Bahagian dewan solat tidak menggunakan kipas atau penghawa dingin sebaliknya menggunakan teknologi gas penyejuk udara (Gas District Cooling) dan dikelilingi oleh kolam air agar sejuk dan nyaman.Kubahnya diperbuat dari besi tahan karat.Istimewanya masjid kerana ia menggunakan teknologi ultrasonic bagi menghalau burung-burung menghampirinya.Dengan ini kebersihan masjid akan terjamin.

Struktur dalaman diperbuat dari besi tahan karat



Mimbar

Tingkat atas untuk wanita

Tingkat atas untuk wanita


Pandangan dari dalam kubah masjid



Pandangan dari dalam

Permaidani berwarna lembut

Mimbar
Dari bahagian dalam bumbung masjid

Kaki lima masjid

Luar masjid

Dari masjid kita boleh melihat pemandangan indah Putrajaya

Pandangan dari luar masjid.

Masjid ini sentiasa dikunjungi ramai kerana keunikan seni bangunannya dan juga terletak berhampiran dengan pejabat-pejabat kerajaan.

No comments:

Post a Comment