Pages

Monday, 19 October 2020

KAPAL KOREK TANJUNG TUALANG

Tanjung Tualang, Perak suatu masa dahulu amat terkenal kerana mempunyai beberapa buah kapal korek bijih timah yang berskala besar.Antara syarikat-syarikat antarabangsa dan multinasional yang pernah bertapak dan beroperasi di sini ialah Lower Perak Tin Dredging,Southern Kinta Solidated,Southern Malayan Tin Dredging,Austral Amagamated Tin,Osborne and Chappel dan Pernas Chartered Management.

Sekitar tahun 1970an terdapat lima buah kapal korek bijih timah di Tanjung Tualang.Kapal korek ini beroperasi dari tahun 1938 hingg 1992 bermula pergerakan dari Malim Nawar hingga ke Batu 6 Jalan Tanjung Tualang.
Kapal korek ini adalah salah satunya yang masih tinggal dan utuh lantaran kewujudannya menjadi warisan sejarah
Ketika ini anda boleh mengunjungi kapal korek ini yang masih terletak di Batu 5,Jalan Tanjung Tualang,31000 Batu Gajah, Perak Darul Ridzuan.
Pengaut iaitu bahagian yang mengaut atau mengorek bijih timah bercampur pasir dan lumpur di dasar tasik.Sejumlah 115 pengaut dikawal oleh motor yang akan menggerakkan  pengaut seperti pusingan roda.Tanah yang mengandungi bijih ini dibawa ke trommel screen untuk mengasingkan bijih timah dengan benda asing.Batu besar dan benda asing yang tidak diperlukan akan mengalir ke luar melalui muncung khas di bahagian belakang kapal korek.
Berat kapal korek ini ialah 4500 tan dengan kos pembinaan RM30 juta.Sungguhpun berat dan berusia puluhan tahun namun kapal korek ini masih utuh .
Agak suram dan seram juga jika anda melalui bahagian ini berseorangan
Panjang kapal korek ini ialah 75 meter dan lebarnya 35 meter dan terdiri dari 5 tingkat.Pada ketika itu pekerjanya seramai 90 orang sementara hanya 30 orang boleh bekerja dalam satu shift.
Warisan kapal korek ini kini dikawal selia oleh Jabatan Inkuiti dan Muzium Perak Darul Ridzuan.
Kapal korek ini boleh dilawati setiap hari kecuali Isnin dari jam 9.00 pagi hingga 6,00 petang.
Sudut pandang yang agak cantik di sini dengan lanskap pepohon dan tasik
Bahagian muncung kapal ini adalah tempat mengeluarkan batu besar dan benda asing dari trommel screen .
Inilah pengaut kapal korek yang mengaut bijih timah itu.Sungguh besar dan muat dua orang duduk di dalamnya.
 
Jangan lepaskan peluang berkunjung ke sini.

Tuesday, 8 September 2020

KOTA BELANDA

Sudah banyak kali Atuk berkunjung di sini namun pada kali ini Atuk bersama keluarga termasuk cucu kesayangan.Tempat ini tidak asing dikunjungi pelawat sama ada dari dalam atau luar negara.
Meriam ini bukan meriam sebenar, ia hanyalah replika yang menjadi hiasan kota ini.

Untuk menambah cantik hiasan bercorak ini di wujudkan
 

Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC) telah mendirikan kota ini pada tahun 1670 untuk menyimpan bijih timah yang diperolehi dari negeri Perak.Tindakan Belanda itu menyebabkan orang tempatan tidak menyenangi cara memperolehi bijih itu lalu mereka memusnahkan kota itu.
Selepas dimusnahkan pada tahun 1749 kota ini dibina semula dan Belanda menempatkan 80 orang pengawal.Namun selepas 1779 kota ini tidak digunakan lagi kerana Belanda menumpukan perdagangan rempah dengan Maluku, Indonesia penguasaan Belanda berakhir setelah Perjanjian Pangkor tahun 1824.
Jabatan Muzium Negara telah memulihara bangunan ini pada tahun 1973 dan mewartakannya sebagai monumen lama dan tapak bersejarah di bawah Akta Bendapurba 1976 seksyen no 247.Usaha ini diteruskan oleh Kerajaan Negeri Perak dan memajukannya sebagai tempat pelancongan.

Kota Belanda kota bersejarah,
Tempat menyimpan bijih timah;
Tanda tinggalan para penjajah,
Dipulihara dan diperindah.

Monday, 31 August 2020

LAMAN TAUTAN KASIH

 Semenjak PKP bermula, Atuk sudah berehat seketika untuk menulis dalam laman blog.Sebagai gantinya Atuk telah cuba membuat satu laman kecil di hadapan pondok Atuk di Kampung Sungai Air Tawar.Laman ini Atuk namakan Laman Tautan Kasih : idea dari bonda saudara Atuk: Hajah Mahlela Mohd Tabot.

Pintu gerbang dibina menggunakan tiang kayu dan kayu terpakai.Untuk lebih tahan lama dan kelihatan antik Atuk sapukan minyak pelincir kereta terpakai.Hitam itu menawan.

Heliconia
Di laman ini Atuk tanam pokok heliconia (Sepit ketam).InsyaAllah jika dijaga dengan baik akan berbunga juga nanti.
Di pangkal pohon durian ini Atuk tanam pelbagai tumbuhan termasuk kategori begonia dan paku pakis
Paku tanduk rusa hidup subur menumpang di dahan durian.
Bunga ini sesuai digantung
Chekur hitam 
Bayam Brazil boleh di buat ulam, gorengan atau masakan.
.
                                                               Anggerik desa                                                                           
Koleksi bromeliad Atuk tampal pada batang kayu rambutan yang sudah kering.

Pepohon ati-ati (coleus) sedang subur.Selain dari keratan batang kita boleh juga biakkannya menggunakan biji benih.
Sudut Aglaonema diletakkan di hadapan pagar kayu usang.
Koleksi ros Jepun.Dari jauh Atuk ambil benih ini: dari rumah rakan di Teluk Intan.
Campuran..bungan keembong, ros Jepun .lili dan orkid.Atuk gunakan pecahan atap genting sebagai hiasan depan bunga ini.
Sudut paku pakis...pohon jenjulang(warna maroon ) tu sebagai hiasan sampingan.
Koleksi lili....tumbuh menggunakan bebawang dan senang memeliharanya dan tidak banyak musuh tanaman.Sungguhpun demikian janganlah siram air terlalu kerap.
Orkid bergantungan di pohon rambutan
Koleksi lidah mertua (sansevieria) bersama lidah buaya dan setawar: koleksi daun tebal
Bunga ini paling Atuk suka tengok dan bercadang mencari vareiti warna merah jambu pulak.
Koleksi nanas,Atuk ada tujuh vareiti: Nanas hijau, nanas josapine,nanas Sarawak,nanas MD2, nanas N36,nanas Morris dan nanas yankee(sweet Selangor)
Setelah habis melawat laman Atuk...kita keluar ikut pintu gerbang ini.Projek Atuk ini dibantu oleh anak-anak Atuk dan adik ipar yang sama hobinya: iaitu meminati lanskap.

Wednesday, 20 May 2020

LEMBAH HARAU

Lembah Harau nan indah serta unik.Terdapat deretan bukit seakan-akan Lauterbrunnen Switzerland layaknya.
Dari bukit tersebut mengalir air terjun dalan kuantiti yang banyak walaupun di musim kemarau.Pelik tapi benar.SubhanAllah ....itulah kekuasan Allah Maha Pencipta.
 Pada deretan bukit terdapat berpuluh-puluh aliran air terjun.

Salah satu air terjun dari pandangan jarak dekat.
 Ketua deligasi kami ambil kesempatan bergaya di sini.

Jurukamera tempatan berlumba-lumba mengambil foto kami dan akan dijual pada harga 30 000 rupiah atau bersamaan rm10 sekeping berukuran A4.
 Penduduk tempatan juga berniaga tumbuh-tumbuhan alami yang terdapat di sekitar Lembah Harau.
 Ini adalah anak paku pakis gajah.

Masih lagi di Lembah Harau kampung ini dipanggil Kampuang Sarosah atau bermaksud Kampung Eropah.
 Sampan dan bot seakan kereta kebal disediakan bagi pelancong yang ingin mengelilingi kampung ini melalui jalan air.


 Replika bangunan Eropah


 Ingin mencuba naik basikal di atas talian kabel?.Anda berani?
Tumbuhan yang Atuk suka...cantik berwarna kemerahan .
 Plbagai jnis orkid termasuk orkid gajah.

Air yang sentiasa mengalir di terusan
Sebahagian besar deligasi kami dalam rangka lawatan ke Lembah Harau nan indah.