Pages

Wednesday, 4 September 2019

SAMBUTAN MERDEKA KE 62 DI KAMPUNG ATUK

Sempena bulan merdeka ke 62 ini pelbagai inisiatif warga tempatan menghias halaman rumah masing-masing dengan aneka bendera dan hiasan. Di kampung Atuk ada seorang guru besar yang amat rajin dan kreatif dengan bulan kemerdekaan ini. Beliau adalah cikgu Azli bin Suradi yang tinggal di Kampung Tebuk Mufrat, Sungai Air Tawar, Selangor.
Jalan masuk ke rumahnya dihiasi dengan pintu gerbang yang bercirikan jalur gemilang.
Pagar halaman rumahnya dihiasi dengan seludang kelapa yang dicat berwarna-warni
LogoHari Kebangsaan ke 62 tidak ketinggalan dilukisnya
Sebagai anak jati Selangor..bendera Selangor dibuat daripada susunan seludang kelapa
Kereta perisai bersalut bendera
Bunga dihasilkan dari botol minuman terpakai

Kebetulan sekarang musim bunga kertas berkembang, bertambah serinya.
Replika Bakhtera Merdeka
Kipas angin terpakai
Bangku dan meja disediakan bagi tetamu yang penat untuk berehat.
Botol plastik terpakai diguna semua
Disediakan juga pondok wakaf untuk berehat
Hiasan dari pelepah daun kelapa...Usia merdeka dan usia cikgu Azli
Basikal lama jangan dibuang, boleh dibuat hiasan seperti ini
Replika KLCC daripada buluh
Tangki alat pemadam api terpakai

Lihatlah betapa ceria dan meriahnya
Bumbung pintu gerbang daripada seludang kelapa dan dicat berwarna-warni
Inilah dia Cikgu Azli bin Suradi (Guru Besar SK Teluk Ru) bersama isterinya juga seorang guru : Puan Rafidah binti Roslay.Terima kasih kepada keduanya kerana membenarkan Atuk mengambil foto-foto tersebut.