Upacara perasmian berlangsung pada 4 Jun 2004 oleh Ketua Menteri Melaka pada masa itu: YAB Datuk Seri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam
Untungnya Atuk kali ini dapat melihat badak putih (badak Sumatera) pada jarak dekat.Ia merupakan haiwan kedua terbesar di dunia yang hidup di atas darat.Tidak seperti namanya, haiwan ini tidak berbulu dan besar tidaklah berwarna putih melainkan kekelabuan,kekuningan kecoklatan.
Tenuk (Malayan tapir) mempunyai daya penglihatan yang terhad dan bergantung lebih kepada deria baunya.Kadang-kadang ia juga dipanggil cipan atau badak tampung.
Hampir-hampir tidak kelihatan.Begitulah kaedah penyamaran fennec fox ini yang mana haiwan terkecil sekali dalam keluarga musang.Telinganya yang besar membantu ia mendengar sewaktu dalam tanah dan melindunginya dari haba di bawah cuaca panas.Comel sungguh.
Kuda padi atau kuda Bajau.Berasal dari Sabah dan hidup memakan rumput serta mempunyai jangkahayat antara 25 hingga 30 tahun.
Tiba-tiba Atuk terserempak dengan kupu-kupu yang cantik ini.Sebenarnya haiwan selalu keluar pada waktu malam.
Banteng berasal dari kepulauan Jawa adalah dari keluarga lembu yang besar.Yang jantan berwarna hitam dan yang betina berwarna coklat.Kedua-duanya memeliki tanduk dan usia mereka ditentukan mengikut panjang tanduknya.
Lembu Ankole yang berasal dari Afrika ini mampu berlari dan bertindak dengan cepat untuk mnyelamatkan diri dari pemangsa dan tanduk yang panjang digunakan sebagai alat mempertahankan diri.Ia bertahan pada suhu yang amat panas dengan sumber air yang terhad.
Secara kebetulan muncul pula harimau belang (Malayan tiger)ini dari tempat rehatnya.Amat jarang harimau ini aktif dalam kurungannya.Di cuaca panas begini selalunya harimau akan tidur atau berendam dalam air(merupakan perenang yang baik).Mangsa utamanya semasa di hutan ialah rusa dan babi hutan.Populasinya di habitat asal di Malaysia dalam lingkungan 500 ekor.
Ungka tidak mempunyai ekor malah mempunyai struktur tulang punggung yang kuat.Haiwan ini tidak membina sarang dan boleh berdiri dengan tegak.
Gajah Asia memerlukan makanan purata sebanyak 150kg sehari untuk hidup.ia menghabiskan masa 8 jam sehari semata-mata untuk makan.Gajah Asia lebih kecil daripada gajah Afrika.
Jinak rupanya.Cucu Atuk secara selamba memberi makan karot kepada gajah di sini.Seronok bukan kepalang.
Zirafah berasal dari Afrika adalah merupakan haiwan paling tinggi di dunia.Kakinya sahaja sudah melebihi 6 kaki.Ia perlu tidur antara 5 hingga 30 minit sahaja dalam 24 jam dan boleh berehat sambil berdiri .
Landak berbadan kecil tetapi mempunyai gigi yang besar dan kuat untuk menghancurkan biji benih dan kekacang.Ia tangkas berlari lebih pantas dari manusia dan menggunakan durinya untuk mempertahankan diri.Di zoo ini kelihatan landak mudah membiak dalam kurungan.
Macao
Burung Enggang atau burung Kenyalang
Kangaroo dari Australia membiak dalam kurungan, kemungkinan suhu dan iklim yang sesuai dengan habibat asalnya.
Pengunjung boleh menyewa kereta solar jika tidak mampu untuk berjalan jauh.
Keluarga Atuk sempat berswafoto sebelum pulang.Kali ini agak malang kerana kami tidak dapat melihat haiwan species ular dan burung flamingo.Menjadi tandatanya sama ada haiwan tersebut telah mati atau proses ubahsuai sedang dilakukan.