Pages

Friday, 25 August 2017

VETMART

Isu makanan halal di Malaysia sememang rencam.Ada barangan yang telah disahkan halal oleh JAKIM pun masih boleh dipertikaikan. Inikan pula jika pengusaha produk itu sendiri non muslim.Ada antara produk makanan yang telah disahkan halal pula ditarik balik sijil halalnya.
Atas inisiatif inilah dua orang pemuda ini berganding bahu membuka pusat pengumpulan dan pemasaran produk Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor yang ternyata memperdagangkan barangan halal terutama keluaran Bumiputera.Pengarah urusan di premis ini ialah saudara Nizar Rabawi.
Lokasi premis mereka terletak di Lot 980 Jalan Besar Parit Baru,
Kampung Parit Baru,45100 Sungai Air Tawar, Selangor Darul Ehsan yang merupakan bangunan Jabatan Veterinar suatu masa dahulu kira-kira 28km dari pekan Sabak Bernam.

Pusat ini telah dibuka dengan rasminya pada 24 Ogos 2017 yang lalu 
oleh YB Tuan Haji Zaidy bin Abdul Talib yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam Pemodenan Pertanian dan Industri Tani Negeri Selangor.

 
 Di premis ini dijual produk  keperluan dapur harian berasaskan tani dan ternakan.Mudah-mudahan bertambah maju perniagaan di sini kerana premis berkonsepkan halal jarang terdapat di Sabak Bernam (selain Halal Mart yang terletak di Sungai Besar) walaupun terpaksa berdayasaing dengan peniaga bukan Bumiputera.

 Antara produk yang dipasarkan adalah hasil pertenakan veterinar yang disejukbekukan seperti daging lembu,peparu, ayam dan sebagainya.Harganya pun berpatutan.

 Terdapat juga produk yang siap sedia untuk dimasak seperti sate ayam,karipap,burger yang merupakan suatu kemudahan untuk suri rumah.

 Alhamdulillah terdapat juga mi dan kuey teow halal hasil keluaran bumiputera.


Karipap sejuk beku memang kegemaran Atuk kerana mudah disediakan; hanya perlu menggoreng bila-bila masa diperlukan.


Tidak ketinggalan Atuk berbelanja jugalah di sini sehari selepas promosi pembukaannya.Jom kita sokong perniagaan di premis ini yang ternyata merupakan produk 100% halal.

Beberapa hari sebelumnya Atuk telah menerima iklan ini di whatsapps yang rakan hantarkan.Malangnya tidak dapat hadir di hari pembukaan kerana ada urusan lain.

Tuesday, 15 August 2017

MASJID BATU 3 SEGARI

Masjid ini tersorok dari jalan besar antara Manjung ke pekan Segari.Ia terletak di persimpangan jalan Manjung -Segari dengan jalan besar ke Damar Laut.Kedudukannya hanya 500 meter dari persimpangan tersebut.
Terperanjat juga Atuk bila melihat masjid indah di luar bandar ini ;
rupa-rupanya ada cerita di sebaliknya.

Inilah  masjid lama yang diruntuhkan oleh pihak berkuasa tempatan dan digantikan 
dengan masjid baru sekarang .Sebahagian penduduk masih sayang terhadap 
masjid lama  ini dan mempertikaikan kenapa harus dirobohkan bangunan
 lama ini sedangkan  banyak lagi tapak tanah kosong untuk dijadikan masjid.
Masjid lama ini dahulu didirikan hasil wakaf penduduk tempatan.

Kini masjid itu telah siap pembinaannya dan mula digunakan sejak majlis perasmiannya yang telah dilakukan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak Tuanku Nazrin Muizzudin Shah pada 19 Jun 2015.
Pada asalnya kos pembinaan dijangkakan RM2 juta namun setelah siap
meningkat kepada RM3.5 juta.
Bahagian syiling masjid

Bahagaian hadapan dalam masjid dipenuhi hiasan khat dan corak jubin seni binaan Islam.

Dewan solat

Mimbar masjid

Anjung masjid berjubin indah
Papan tanda Pegawai Masjid dan jumlah kutipan
bulanan masjid ini

Pejabat Masjid

Tandas dan tempat wuduk yang luas dan selesa

Mudah-mudahan lebih ramai lagilah jemaah hadir ke masjid ini pada
masa solat lima waktu dan waktu solat-solat lain; semoga diimarahkan sebaik-baiknya.

Disediakan juga laluan untuk orang kurang upaya.Alhamdulillah.

Menara masjid masih mengekalkan ciri-ciri tradisional


Tidak ketinggalan pohon kurma ditanam di halaman masjid
sebagai tanda sumber makanan sunnah.