Hutan lipur Kuala Woh terletak kira-kira 15 kilometer dari pekan Tapah. Kedudukannya adalah antara pekan Tapah ke Cameron Highlands. Kawasan anak sungai di sini adalah antara destinasi pelancong kerana keunikannya terdapatnya aliran sungai yang panas seolah-olah kolam air panas.Bezanya air panas di sini tidak ditakung.Anda boleh mencari beberapa tempat yang memang batuan sungainya amat panas hingga boleh merebus kerang atau telur.
Berendam di sini amat menyeronokkan kerana airnya hangat dan anda boleh bertahan berjam-jam lamanya.
Kelihatan sunyi dan tenang
Tapak untuk mendirikan khemah
Anak sungai mengalir lesu...namun airnya tetap jernih
Tempat barbeque juga disediakan untuk kemudahan pengunjung yang menyewa tapak perkhemahan
Papan tanda amaran kerana di sini terdapat aliran kepala air (air yang mengalir dengan banyaknya secara tiba-tiba dari hulu sungai) yang boleh menghanyutkan pengunjung.
Tumbuhan ini jarang kita temui kecuali di dalam hutan seperti ini
Pohon cerepu tumbuh liar
Rama-rama Raja Brooke banyak terdapat di sini.Ada beberapa lokasi rama-rama ini berkumpul dan mencari makanan. Walaubagaimana pun anda dilarang menangkapnya untuk mengelakkan dari kepupusan.
Walker boleh menyamar kerana fizikalnya menyerupai ranting kayu
Kuala Woh diberi nama,
Di dalam hutan ia berada,
Sunyi dan tenang nyaman terasa,
Tempat berkelah dan mandi-manda.