Pages

Monday, 14 December 2015

ZOO TAIPING

Sudah lama Atuk tak berkunjung ke Zoo Taiping.Tak tahu perkembangan terkini.Rupa-rupanya harga tiket sudah meningkat kepada RM17.00 dan untuk Night Safari RM22.00 untuk dewasa.

 Ingatkan berdua...rupa-rupanya bertiga.Monyet ini bebas tanpa kurungan jadi Atuk sempatlah close up.Bagaimana pun anda perlu berhati-hati dikhuatiri ia bertindak ganas dan merampas tas atau beg tangan anda dan melarikannya ke atas pokok.

Memerang yang lincah dalam kolam kaca

Serigala aktif walaupun dalam kurungan

Beruang matahari,satu-satunya beruang yang berasal dari Malaysia.

Si Comel ni suka menyakat pengunjung...jinak dan bebas di jalan raya namun sukar didekati
Jambulnya yang sangat cantik.
Rusa Bewaean

 Tilapia merah biak di saliran 

 Ungka...bijak bergayut

 Zirafah dari Afrika

 Di musim hujan begini badak sumbu kelihatan comot berlumpur

Tapir atau cipan

 Bangau kendi...walaupun dalam kurungan, ia masih boleh membiak
 Tahniah Zoo Taiping kerana mengujudkan suasana yang sesuai untuk bangau kendi membiak walaupun dalam kurungan.

Setelah penat berjalan kaki anda bolehlah melawat sambil menaiki keretapi ini.Sungguh menyeroronokkan terutama kanak-kanak.

Zoo yang patut dicontohi kerana mengekalkan ekosistem floranya yang menarik ,sejuk dan lembab.



 Pohon nibung tumbuh merimbun..pangkal batangnya penuh berduri


Berada di Zoo Taping seolah-olah sedang menerokai hutan hujan khalulistiwa. Pemilihan kawasan yang sesuai untuk kebanyakan habitat haiwan kerana sejuk dan lembab.Tambahan pula berada di zon hujan paling lebat di Malaysia.Hampir setiap hari hujan akan turun.

Tuesday, 17 November 2015

PASAR SERIKIN

Kampung Serikin terletak pada kedudukan sempadan Sarawak dengan Kalimantan,Indonesia.Perjalanan menaiki kereta dari dari Bandaraya Kuching mengambil masa satu jam.Ia melalui jalan sunyi di kelilingi hutan dara.Kampung Serikin berada dalam Daerah Bau. Bagaimana pun jalan raya di sini amat memuaskan tetapi  banyak selekoh.Perlu berhati-hati ketika memandu dan kurangkan kelajuan.

 

 Pasar Serikin ini berada di Garisan Khatulistiwa menyebabkan pada waktu tertentu suhunya amat panas seperti Iklim Tropika.


Kebanyakan barangan yang dijual adalah barangan Indonesia begitu juga penjual kebanyakannya terdiri dari warga Indonesia juga.




Kraf tempatan dari manik





Sebelum sampai ke Pasar Serikin kita akan melalui gerai-gerai penduduk tempatan di tepi jalan. Mereka menjual hasil pertanian dan hasil hasil dari hutan.Mungkin kita juga akan terjumpa haiwan atau tumbuhan yang jarang ditemui di pasar besar.

 Periuk kera

 Buah kundur (berwarna putih) dan buah tarak (buah terap mengikut sebutan orang Semenanjung)

 Pulut kukus dalam periuk kera


 Rebung buluh

 Ulat sagu atau ulat mulong.Mengikut fatwa negeri Sarawak umat Islam haram memakannya.

 Batang lada hitam

 Replika bubu (bubu mini)

Asam kelubi
Beras huma (bukit) hasil tempatan

Pasar Serikin unik tempatnya,
Di dalam hutan ia berada;
Antara sempadan Malaysia- Indonesia,
Saling harmoni rumpun yang sama.