Pages

Thursday, 18 December 2014

PANTAI REDANG, SEKINCHAN

Pertama kali mendengarnya seolah-olah Pulau Redang, Terengganu. Anehnya pantai ini terletak di pesisiran pantai pekan Sekinchan Selangor. Kedudukan pantai ini sangat hampir dengan perkampungan nelayan bagan Sekinchan. Uniknya di sepanjang pantai ini terdapat banyak rumah ran
yang didirikan oleh komuniti  setempat berbangsa tionghua.

Kebanyakan ran ini dibina dari bahan terpakai: papan dan kayu dari bot usang yang tidak digunakan lagi.

 


Bot nelayan sebenar dijadikan tempat berehat setelah diubaisuai



Buaian juga disediakan

 Pantai berpasir yang sesuai untuk aktiviti bola sepak pantai








Sauh usang dijadikan hiasan yang unik dan menarik.




Tuesday, 16 December 2014

KUPANG

Di sesetengah tempat ia dipanggil siput sudu sebab bentuknya seakan-akan sudu.Warnanya kehijau- hijauan. Harga kupang hidup sekitar RM5.00 hingga RM8.00 sekilo. Kupang liar lebih mahal (kira-kira RM 8.00 sekilo) berbanding kupang peliharaan.

Kupang boleh hidup di udara lebih kurang dua hari dengan menyiramkan air masin sekali sekala.Di Muar kupang boleh dibeli di gerai sepanjang jalan dari Muar ke Merlimau Melaka.

 Kupang goreng

Enak dimasak berlada seperti ini.



Sunday, 30 November 2014

THE KABIN

 Sungguh unik. Jika anda berada ke Pantai Remis,Jeram kira-kira 10 km dari Kuala Selangor singgahlah ke sebuah chalet  bernama The Kabin. Buat pertama kalinya anda akan kagum dengan kreativiti orang Malaysia yang menggunakan bahan terbuang iaitu kotak kontena dijadikan bilik-bilik chalet.


 Pandangan dari jalan masuk keThe Kabin

 Pintu pagar bercirikan keselamatan

 Kontena dijadikan bilik tidur

 Basikal untuk disewa

 Tidak ketinggalan disediakan juga kolam renang yang cantik

 Bilik tidur berhawa dingin

 Bilik air walaupun agak sempit tetapi bersih
 Ruang santai dan menjamu selera yang unik

Di sinilah ruang pejabat dan kaunter pertanyaan. Kadar sewaan antara RM190 hingga RM440 semalam. Jika ingin mengubah citarasa, cubalah.

Wednesday, 1 October 2014

SEMALAM DI TELUK SENANGIN

Untuk mengelakkan kebosanan berada di rumah setelah isteri bersara ini, kami berdua telah memutuskan untuk makan angin di tepi pantai. Pantai pilihan kali ini ialah Teluk Senangin. Kedudukan Teluk Senangin kira-kira 15 km dari bandar Manjung, Perak. Setelah membeli keperluan sedikit makanan , kami memilih untuk menginap di Yeob Bay Hotel.

 Yeob Bay Hotel
Pemilik hotel ini ialah Tuan Haji Salleh bin Kamaruddin yang berasal dari Kampung Gajah Perak.

 Belok ke kiri sebelum anda menjumpai pintu gerbang di bawah


Pada hujung minggu dan cuti kelepasan awam tambahan RM30 dikenakan.
Apapun bayar sahajalah asalkan puas hati.

 Ruang santai di luar hotel



 Tempat bersantai di tepi laut

Disediakan ruang untuk gelanggang bola tampar


 Beberapa pemandangan menarik di hadapan hotel






 Air yang tenang  dan jernih di waktu pagi



 Jika rajin kita boleh mencari remis dan kijing dengan mengorek pasir yang bercengkerang ini

 Remis

Kijing
Sesuai untuk ditumis pedas


Terima kasih atas layanan baik dan sarapan pagi yang diberikan pihak hotel. Oleh kerana bangunan Yeob Bay Hotel ini didirikan empat tingkat , pengusaha hotel berinisiatif membina lif. InsyaAllah projek lif ini akan selesai dalam masa sebulan.











Wednesday, 23 July 2014

PROJEK DIY ( PASU ORKID)

Penutup kipas kaki yang rosak jangan dibuang. Dengan sedikit kreativiti ia boleh dijadikan bekas tanaman orkid.Mudah saja melakukannya.


 Potong beberapa bahagian dawai  penutup kipas

 Terbalikan penutup kipas

 Bengkokkan dawai ke bahagian dalam

Letakkan sabut kelapa sebagai asas tanaman

 Susun pokok orkid


Tambah sabut di keliling pokok orkid

Setelah selesai, gantungkan di halaman rumah