Pages

Sunday, 12 January 2014

KELLIE'S CASTLE, KAMPAR PERAK.

 Istana Kellie atau Rumah Kellas telah dibina pada tahun 1910 oleh seorang peladang getah terkemuka British bernama William Kellie Smith. Ia terdiri dari bangunan tiga tingkat yang dibina mengikut citarasa bentuk sebuah istana Moghul di bandar Agra, India.Tukang-tukang yang membina bangunan ini didatangkan dari Madras India.

Istana Kellie yang tersergam indah  namun tidak siap sepenuhnya

Mendiang William Kellie Smith

Di Tanah Melayu beliau telah bertemu dengan seorang pemilik tanah bernama Alma Baker (beliau telah memenangi konsesi dari pemerintah negara untuk meneroka 360 hektar hutan di Perak.Melalui usahasama antara Smith dan Alma Baker ini mereka telah mendapat keuntungan besar dan Smith mula menanam pokok getah dan menceburi industri perlombongan bijih timah. Lantaran itu beliau menjadi pemilik Perumahan Kinta Kellas dan Kinta Kellas Tin Dredging Company.



Beliau kembali ke rumah beliau untuk berkahwin dengan orang Scotland bernama Agnes dan isterinya dibawa ke Malaysia pada tahun 1903.Pasangan ini dikurniakan dua orang anak Helen dan Anthony. Dengan kelahiran anak lelakinya pada tahun 1915 beliau percaya keuntungan lebih besar akan dicapainya lalu memutuskan untuk membina rumah yang lebih besar bersebelahan rumah lamanya.

 Pekerja-pekerja di rumah Kellie Smith

 Gambaran ruang tamu di rumah Kellie Smith yang lama

 Rangka bangunan tinggalan rumah lama Kellie Smith 

 Balkoni yang belum berplaster

Bangunan Kellie's Castle mempunyai 14 bilik, sebuah bilik bawah tanah dan terowong rahsia .Ia juga bakal dilengkapi lif yang dikatakan yang pertama dibina di Tanah Melayu.




Balkoni  yang sudah berplaster

 Bilik utama kelihatan lebih besar dari bilik lain



Bangunan ini tidak sempat disiapkan setelah Kellie Smith meninggal dunia di Pelabuhan Lisbon,Portugal pada 11 Disember 1926.Stuktur bangunan sebegini kekal dalam keadaan ' sedang dibina' telah menjadi tarikan pengunjung ke Batu Gajah,Gopeng Perak kerana keunikannya.


Bilik menyimpan fabrik

Rumah Kellie Smith lama dari pandangan atas.

Keadaan di bahagian bumbung bangunan



Jambatan dibina menghubungkan jalan besar ke Kellie's Castle.

Anda cuma dikenakan bayaran RM5.00 seorang untuk melawat Kellie's Castle ini.








Wednesday, 1 January 2014

GUA TEMPURUNG GOPENG, PERAK

Gua Tempurung terletak di Batu 16 1/2 Jalan Kampar, Gopeng Perak. Ia dikatakan salah satu gua batu kapur yang menarik di Semenanjung Malaysia. Di sini kita boleh mengadakan aktiviti merentasi sungai bawah tanah, flying fox selain menikmati pemandangan indah di dalam gua. 


 Jalan raya menuju ke Gua Tempurung

 Lihatlah gunung yang diselaputi awan


Hutan dara masih kekal dan belum tercemar oleh aktiviti manusia.

Untuk memasuki gua ini anda perlu membeli tiket RM6.00 untuk dewasa dan RM2.50 bagi kanak-kanak.Warga emas pula (60 tahun ke atas) hanya RM3.00.

Lalua ke gua

 Pemandangan gua dari luar

 Laluan ke dalam gua yang diterangi lampu




 Kejadian stalaktit dan stalagmit terdapat di sini

 Lelangit gua


Stalagtit dan stalagmit

 Berhati-hati ketika menaiki dan menuruni tangga kerana terdapat laluan yang berair dan licin.