Pages

Wednesday, 20 November 2013

UKIRAN KAYU GAYA TERKINI

Satu idea yang berlainan dan unik dalam menghasilkan ukiran kayu bermutu. Kaedah ini lebih senang dan cepat penghasilannnya.

Kepingan kayu ditebuk dan dibentuk mengikut citarasa pengukir

Kepingan kayu dbentuk dahulu sebelum diukir

Bentuk daun kelihatan lebih anggun dan  lestari

Susunan ukiran

Beberapa set bingkai cermin muka yang telah siap diukir

Untuk dijadikan bingkai cermin muka dilapik papan lapis di belakangnya.

Meratakan permukaan kepingan kayu yang telah dibentuk


Proses meratakan permukaan

Proses mengukir 

Monday, 11 November 2013

PELUKIS MULUT DAN KAKI

Dengan RahmatMu Ya Allah insan-insan istimewa ini telah dapat menghasilkan karya yang mungkin tidak boleh dikuasai oleh orang yang sempurna anggota tubuh badan. Ada yang tidak mempunyai tangan dan kaki tetapi masih boleh melukis menggunakan mulut.Ada yang tidak bertangan maka ia melukis menggunakan kakinya.Subhanallah.

Mereka tidak meminta-minta sebaliknya berusaha dengan karya-karya ini dan djual ke pasaran awam.Selain menjual lukisan mereka juga menjual cetakan lukisan mereka dalam bentuk kad ucapan hari raya dan hari jadi, jigsaw puzzle,buku harijadi, kalendar dan lain-lain.


Walaupun lukisan dan cetakan lukisan mereka djual agak mahal sedikit tetapi berbaloi dengan usaha gigih mereka berkarya dengan anggota badan yang tidak sempurna.

 Lukisan Ismail bin Rakib
Pelukis ini dilahirkan dengan cacat tangan dan kaki.


Lukisan Ng Ah Kwai
Beliau dilahirkan tanpa kedua belah tangan

 Lukisan Ismail bin Rakib

 Lukisan Ng Ah Kwai


 Lukisan Aliah binti Talib
Beliau dilahirkan tanpa kedua belah tangan



Itulah kebesaran Ilahi.Siti Aishah Yaacob menulis surat menggunakan kaki. Artikel ini diterbitkan dalam buku teks Pendidikan Moral Tingkatan Tiga.

Atuk sendiri melihat pelukis tanpa tangan ini semasa FLORIA 2010 di Putrajaya.Pengalaman yang tidak mudah dilupakan.Lihatlah betapa insan seni ini sungguh berbakat.

Sokonglah usaha mereka dengan membeli hasil karyanya.

 Siti Aishah (39) pernah ditemuramah oleh Fizo dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O pada bulan Januari 2014


Lukisan Siti Aishah