Pages

Saturday, 23 February 2013

SUNGAI AIR TAWAR: TANAH TUMPAHNYA DARAH KU

Atuk dilahirkan di kampung ini 56 tahun yang lalu.Kampung ini mempunyai keistimewaan dan sejarahnya sendiri.Kampung ini tidak mungkin luput dari ingatan walaupun sudah 23 tahun Atuk tidak menetap di situ .Kini Atuk tinggal di pekan Sabak.Untuk melepaskan rindu, ziarahlah jawapannya.

Di sinilah teratak tempat Atuk dilahirkan pada tanggal 12 Mac 1957

Masjik Jamik Rohaniah Kampung Sungai Air Tawar

Balai Polis Sungai Air Tawar merupakan balai polis yang tertua di Sabak Bernam. Binaan pondok menunggunya sungguh istimewa kerana berbentuk topi polis.

Pejabat Pos Malaysia

Deretan kedai usang

Salah sebuah kedai yang masih kekal beroperasi

Meriam batang kelapa yang dihasilkan oleh pemuda-pemuda Sungai Air Tawar. Ia dimainkan apabila menjelangnya sambutan hari raya hampir setiap tahun.

Pisang tanduk: antara varieti pisang yang masih bertahan dari serangan penyakit di kampung ini.

Buah manggis ini dipetik dari pokok yang terdapat di sebelah rumah ayahanda Atuk.

Buah kuinin adalah buah tempatan yang paling Atuk gemari.Aromanya yang wangi menambat hati siapa yang menghidunya. Di belakang rumah ayahanda Atuk terdapat sepohon kuinin yang saban tahun berbuah dengan lebatnya.

Di rumah inilah Atuk dinikahkan pada 8 Ogos 1983.Rumah ini adalah rumah datuk kepada isteri Atuk yang terletak 1.5 km dari rumah ayahanda Atuk.Kini rumah ini telah dirobohkan dan didirikan di tempat lain yang tidak berapa jauh dari situ..

 Atuk sayang kampung ini.Kadang-kadang ada aktiviti berkayak untuk kanak-kanak seperti dalam foto.

Lokasi berkayak itu tidak jauh dari kunci air ini
Bersebelahan kunci air terdapat pusat meteorologi

Di hadapan kunci air menghala ke Sungai Bernam ada jeti pengkalan nelayan.Kelihatan usang tetapi nostalgik.

Jeti Kilang Sabut yang menghubungkan Sungai Air Tawar dengan Hutan Melintang masih kukuh

Inilah feri kecil yang boleh memuatkan penumpang dan juga motosikal, masih kekal ke hari ini.

Air keruh tempat berenang, ikan gelama ikan senangin
Tempat jatuh lagi dikenang,inikan pula tempat bermain.












Wednesday, 20 February 2013

PASAR CHAORASTA PULAU PINANG

Selain terkenal dengan tempat jualan jeruk buah-buahan, di sebelah paginya pasar ini menjual pelbagai buah-buahan,barangan keperluan wanita ,ikan dan tidak ketinggalan menjual haiwan yang pelik.

Katak dijual dengan harga RM12 sekilo




Ketam Nipah dengan harga RM80 sekilo
Kerapu yang masih hidup (lihat ia tercungap-cungap) RM55 sekilo
Sweet Plum RM25 sekilo

Tempat duduk yang unik
Bangunan warisan sejarah



Antara restoran yang terkenal di sini


SEKITAR LEBUH CHULIA / JALAN PENANG

Apa yang menarik singgah ke sini ? Anda perlu datang sendiri dan lihat suasana sebenar,jangan dengar khabar dari orang lain.Penginapan di sini ada yang semurah RM60.00 semalam.Memadai dengan keperluan untuk tidur semalaman bukan dan bukan untuk berperap di dalam bilik seharian.Ada juga hotel yang mahal sehingga RM175 semalam.Tapi ingat..jika di hari perayaan dan hujung minggu,hotel di sini sentiasa penuh kerana persekitaran yang menarik dan senang mendapatkan makanan pelbagai varieti.
Salah satu daripada 8 mural besar yang menarik di Pulau Pinang
 Banyak hotel kedapatan di sini
 Zon utama beca Pulau Pinang

 Pelancong asing dari Vancouver Canada

Medan Lebuh Cambell

Kemeriahan di waktu malam

 Bangunan lama dan bersejarah
Pasar Chaorasta
 Chaorasta waktu malam
Balai Polis berhadapan Pasar Chaorasta


Bangunan kedai warisan sejarah
Pintu gerbang Medan Lebuh Campbell
Bangunan kedai warisan sejarah