Pages

Tuesday, 8 May 2012

MENARA CONDONG TELUK INTAN

Menara condong Teluk Intan adalah hasil usaha arkitek Encik Leong Choon Cheong pada tahun 1892.Pada asalnya menara ini berfungsi sebagai tangki simpanan air untuk bekalan penduduk sekitar di samping berfungsi sebagai  menara jam. Pada pandangan kasar ia kelihatan seperti pagoda lapan tingkat tetapi hanya terdapat tiga tingkat sahaja.Tangki air tersebut sudah tidak berfungsi lagi.Kini ia menjadi tarikan pelancong terutamanya pada waktu malam.Setiap malam hujung minggu,terdapat "Up Town" di sekitar menara ini.

Biru keunguan
Keunguan
Kekuningan
Keputihan
Kehijauan
Kebiru Unguan
Jingga
Kemerah-merahan
Biru Samar
Tidak sampai satu minit, lampu limpah berwarna warni akan bertukar.

Menara Condong Teluk Intan Di Siang Hari.
Terserlah kecondongannya.

Pada 23 Jun 2012 beginilah pula jadinya
 Tidak semua lampu dihidupkan
 Atau sengaja dibiarkan begini



Apa pun menara ini tetap kelihatan indah.




Monday, 7 May 2012

PELBAGAI PISANG

Malaysia memang terkenal dengan pelbagai jenis pisangnya.Pisang mudah ditanam di negara ini yang beriklim Khatulistiwa yang menerima hujan dan panas sepanjang tahun.Sesuai ditanam ditanah pamah yang rata samada di tanah jenis tanah liat atau literit.Petani suka menanam pokok pisang kerana pisang adalah tumbuhan pelbagai guna.Selain dimakan mentah sebagai pencuci mulut, ia juga dijadikan kerepek,cip,serawa,gulai pisang muda,pisang goreng dan pisang salai.
Pisang Tanduk
Dalam setandan,bilangan buahnya tidak banyak tetapi besar.Sesuai untuk digoreng dan dibuat kerepek.Tidak sesuai untuk dimakan mentah.

 Pisang Udang
Tidak banyak gunanya selain dimakan mentah apabila masak ranum.Buahnya kelihatan cantik kerana berwarna kemerah-merah walaupun masih muda.

 Pisang Bantan
Sesuai dimakan mentah apabila masak ranum.Ketika masak buahnya mudah tanggal dari sisirnya.Rasanya lemak-lemah manis.Di sebelah utara ada juga yang memanggilnya pisang lemak manis.Buah yang masih mentah dan muda boleh dibuat gulai atau campuran masakan dalca.
 Pisang Nangka
Pisang ini bertandan besar dan berat timbangannya.Rasanya agak kemasaman tetapi sesuai untuk digoreng atau dibuat serawa.Selain dari itu ia juga boleh dijadikan kerepek.

 Pisang Emas
Pisang emas memang terkenal sejak dari dahulu kala sehingga dijadikan pembayang maksud pantun Melayu.Rasanya yang lemak manis lebih sedap dari pisang bantan.Yang muda boleh direbus dan ditumbuk bercampur gula dan kelapa parut(sejenis makanan masyarakat Jawa) atau dimasak gulai dan dalca.Daunnya dijadikan bahan pembungkus makanan kerana rasanya tidak pahit.

 Pisang Abu Keling
Sedap digoreng atau dibuat kerepek kerana saiznya yang agak besar dari pisang biasa.Daun pisang ini lebar dan panjang sesuai untuk pembungkus makanan terutama membungkus kuih lopis.

Pisang Rastali
Pisang hanya sesuai dijadikan pencuci mulut apabila masak ranum.Tidak banyak kegunaan pisang ini kerana rasanya kurang manis.Ketka masak isi pisang ini berwarna keputihan.

Pisang tidak dapat dipisahkan kebudayaan masyarakat Melayu.Orang India pula gemar makan nasi berlapikkan daun pisang.

ORKID FLORIA PUTRAJAYA

Indah tak terungkap.Flora cantik menawan hati....tak percaya ?....Lihatlah sendiri koleksi fotografi di Floria Putrajaya 2010 dan 2011























Orkid yang berbunga sedikit dan jarang mengeluarkan bunga
Tidak menghampakan bila melawat Floria Putrajaya.


Sunday, 6 May 2012

MELENTUR BULUH DARI REBUNG

Mengasah bakat seni biarlah dari kecil lagi.Bakat seni adalah semula jadi akan tetapi jika tidak diasah dan diamalkan bakat tidak akan berkembang.Beri galakan dan dorongan sewajarnya ke arah profesional.Berikut adalah hasil bakat seni murid-murid sekolah rendah SK Parit Baharu.


Corak Batik Sarawak


Lukisan Objek Media Pensil Warna






Membuat Corak Batik: Media Cetakan Dari Ubi Kentang