Friday 10 March 2017

PASAR BEN THANT, HO CHI MINH

Pada abad ke 17 dikatakan telah wujud pasar berhampiran Sungai Saigon.Penjajah Perancis pula telah membina pasar yang lebih besar pada tahun 1859 dan musnah terbakar pada tahun 1870.Pada tahun 1912 pasar ini dipindahkan ke bangunan baru dan dinamakan New Ben Thant Market.Bangunan pasar yang besar ini diubahsuai pada tahun 1985.
.

u


Besar sungguh durian di sini

 Pelbagai jenis kopi


Kebanyakan yang menggubah bunga adalah lelaki





 Jika pergi di awal pagi..tentulah lengang seperti ini.Waktu ketika ini adalah sekitar jam 9.00 pagi waktu Ho Chi Minh
 Pelbagai pabrik dijual.Kita harus tahu tawar menawar
Boleh menawar sehingga 50 % harga barangan.




 Di pasar basah beginilah keadaannya

 Ketam nipah yang besar


Kepah dan siput gondang pun ada

Tidak ketinggalan ikan haruan

 Buah longan nya besar ,wangi tetapi sedikit berlendir..tidak sama dengan longan Siam

 Kedondong ni memang cukup besar..cuba bandingkan dengan rambutan di sebelahnya


 Buah jari Buddha



 RM5.00 satu pek buah hirisan/ kopek

Bagi yang kurang selesa dengan budaya peniaga di sini (kekadang timbul paksaan)  dinasihatkan lebih baik membeli belah di kedai-kedai yang berhampiran.Anda pasti puas hati tidak mudah tertipu.
Kemahiran pertukaran nilai mata wang asing kepada Dong amat perlu sebab mereka selalu mengunakan nilai anggaran yang kurang tepat.Selamat membeli belah.





Thursday 9 March 2017

MENCARI RESTORAN HALAL DI HO CHI MINH

Majoriti penduduk di sini beragama Buddha.Suatu masa dahulu amat sukar untuk mencari restoran makanan halal.Di sini harga ayam tidak halal lebih murah dari harga ayam halal.Harga ayam halal mencecah RM24.00sekilo.Oleh kerana itu tidak hairanlah kebanyakan restoran halal pun memilih ikan atau makanan laut sebagai hidangannya.Sekarang di Ho Chi Minh telah wujud restoran makanan halal dengan banyaknya terutama di persekiranan Pasar Ben Thant.
 Restoran Musa Kariem 1 Malaysia dan Restoran Aysah

 Restoran Kampung Melayu, Restoran Basiroh dan Restoran Haji Osman

 Di Restoran Serai


 Restoran Serai

 Restoran Halal Amin

 Restoran Kampung Pandan
Di sini anda boleh memesan roti canai asli (kebanyakan restoran halal yg lain hanya menghidangkan roti canai segera).


Restoran Haji Mansour
Kebanyakan hotel menyediakan sarapan pagi, jika ragu dengan kehalalan nya makan ini sahajalah.

Oleh kerana lebar premis yang sempit iaitu sekitar kurang 5 meter maka kebanyakan restoran akan memasak makanan di tingkat atas restoran.

 Nasi goreng kampung

 Nasi goreng sayur


Sup Sayur

Menu di sini lebih kurang sama dengan menu di Malaysia.Jangan hairan kalau anda memesan nasi goreng pattaya ; kerana mereka tidak tahu bagaimana hendak menelangkupkan telur dadar ke dalam pinggan.Lain padang lain belalang.

Wednesday 8 March 2017

WAR REMNANTS MUSEUM HO CHI MINH

Sungguh mengkagumkan dan menggerunkan kerana terdapat pelbagai koleksi kenderaan dan senjata perang di sekitar tahun 1960an terpamer di sini.Pada asalnya muzium ini dibuka atas nama Exhibition House for US and Puppet Regime Crime pada 4 September 1975.Kemudian ditukar nama kepada The Exhibtion House for Crime of War of Aggression .Pada 4 September 1995 ia dinamakan The war Remnants Museum hinggalah sekarang.

Kereta Kebal M48 A3
Berat nya 47.2 tan dengan kelajuan maksima  48km sejam
Sehingga Julai 1969 sebanyak 370 buah kereta kebal Tentera Amerika seperti ini ada di Vietnam.

Di dewan besar inilah tersimpan koleksi dan artifak peperangan

Kereta Kebal M 41
Beratnya 23 tan dan digunakan di Vietnam sejak 1965

Helikopter CH 47 Chinook
Direka oleh Boeing dengan kelajuan maksima 298 km sejam
Beratnya 22 680 kg 

 Bulldozer D.7E
Beratnya 40 tan mula diperkenalkan sejak 1966 dan terdapat
sebanyak 1417buah sehingga Julai 1969

 Kereta Perisai M 132 A1
Diturunkan dari kapal terbang menggunakan payung terjun jika perlu
dan sesuai merintasi halangan tanah lembab dan berair serta sawah padi.

 Howitzer 105 MM
Beratnya 1934 kg 


Howitzer 155 MM
Beratnya 5879 kg




Recoiles Riple M 40 106 MM
Beratnya 210 kg
Jarak tembakan 1100 meter

 Jet Pejuang F 5A
Kelajuan maksima 1269 km sejam.Beratnya 9988 kg.

 Pesawat Ringan U 17
Beratnya 780 kg dikeluarkan oleh Cessna Aircraft Company

 Skyraider A1
Jet pejuang dan pengebom

Helikopter UH -I H Huvey
Digunakan untuk pengangkutan,penyelamat,pesawat pengiring dll

Jet Pengebom dan Penggempur A 37
Dikeluarkan oleh Cessna Aircraft Company dengan beratnya 6356kg.

Ruang Legar Bilik Pameran

Kesan kekejaman Rejim

Laporan Majalah Life

Robert Capa Jurugambar Life Magazine

Kesan kekejaman Rejim


Padang jarak padang tekukur


Kamera milik Taizo Icchinose. warga Jepun
rosak ketika serangan




Kubur Tentera US dalam serangan rejim


Hutan bakau yang musnah teruk dalam peperangan yang menggunakan senjata kimia bertoksid

Topeng gas senjata kimia


Menyelamatkan diri

Kesan daripada ledakan senjata kimia

Pelbagai jenis peluru

Pelbagai jenis bom

Koleksi periuk api
Periuk api

Di tingkat dua disediakan bilik tayangan untuk menyiarkan
filem dokumentasi mengenai peperangan yang telah melanda Vietnam.
Di sini juga dipamerkan beberapa lukisan poster keamanan dunia hasil karya murid sekolah

 Antara hasil-hasil lukisan poster keamanan
yang dipamerkan di bilik ini


 Serpihan bom

 Antara koleksi senapang yang dipamerkan



Di luar dewan terdapat sebuah tempat kurungan,penjara dan penyeksaan
tentera Rejim yang dipanggil Tiger Cage
 Tempat hukuman bunuh

 Tempat penyeksaan
 Bahagian atas kurungan
 Pintu kecil kurungang
 Sel atau kurungan

 Gari dan lain-lain alat penyeksaan

Sesiapa yang berminat membeli barangan atau perkakasan zaman peperangan
sama ada milik tentera rejim atau tentera US, bolehlah membelinya di bahagian luar dewan berhampiran Tiger Cage.


Dikatakan bahawa barangan di atas adalah barangan terpakai dan asli.
Sila kunjungi bahagian jualan cenderahati.
Harap maaf jika terdapat artikel yang kurang tepat dan tidak benar. Sila beri pandangan anda di ruangan komen.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...