Sunday 27 November 2016

MAJLIS POTONG JAMBUL BUAT CUCU-CUCU KU

Pada tahun ini alhamdulillah Atuk dikurniakan dua orang cucu lagi: seorang cucu lelaki dilahirkan pada 28 Ogos 2016 dan seorang lagi cucu lelaki juga yang dilahirkan pada 3 Oktober 2016.Kedua-dua cucu ini adalah putera kepada anak Atuk yang kedua dan yang sulung.
 Di kesempatan ini Atuk pun mengadakan majlis tahlil dan potong jambul pada 26 November 2016.

 Majlis ini dipimpin oleh Ustaz Mohd Yusof bin Dimin yang merupakan seorang pesara pengetua yang sangat-sangat kami hormati dan sayangi.

Selepas tahlil, kami berselawat buat Nabi Junjungan Muhammad SAW

 
 Inilah cucu Atuk :yang kiri (baju hijau muda) Mohammad Hafiy Iman bin Mohd Naqiuddin dan yang kanan (berbaju ungu) Ahmad Ardani Ehsan bin Mohd Shazwan.

Potong jambul dimulai oleh Tuan Haji Mat Judin bin Kamsah (jiran setaman)

Tidak ketinggalan bilal Masjid Jamek Hishamuddin : Tuan Haji Yahya kami beri peluang untuk memotong jambul .

Pengerusi taman : Tuan Haji Abdul Rani Baharum turut serta memotong jambul.

Kepada hadirin wanita Atuk beri peluang juga sebagai tanda penghargaan dan kepuasan hati.

Alhamdulillah...majlis berjalan lancar.Terima kasih kepada semua jemputan yang terdiri dari sahabat handai,jiran setaman dan saudara mara yang kami kasihi.

Kelahiran cucu di tahun ini,
Kedua-duanya cucu lelaki;
Semoga soleh beramal bakti,
Hidup barokah murah rezeki.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...