Monday 31 October 2016

TIRAM DI PANTAI SEKENDI

Siapa sangka tiram yang kelihatan asing  kini berada di daerah tempat tinggalku. 
Tiram di Pantai Sekendi (kira-kira 7 km dari Sungai Besar, Selangor) ini hidup dengan banyaknya pada batu-batu yang dilonggokkan di pesisir pantai tersebut. Batu-batu tersebut bukanlah batuan asal pantai ini; ia adalah batu penghalang hakisan ombak yang dibina oleh Jabatan Parit dan Saliran Sabak Bernam.
 Di pantai Sekendi yang indah inilah terdapat tiram dengan banyaknya

 Lihat batu-batu yang telah diselaputi tiram ini

 Membiak dengan banyaknya

Pandangan dekat

Objek yang kekuningan itu adalah tiram bersaiz sederhana

Membiak pada batang paip pvc

Cungkil menggunakan pemutar skru



Beginilah rupa tiram yang belum dibersihkan. Untuk mengambilnya kita
perlu menggunakan pemutar skru dan mencungkilnya pada batu tempat perumahnya.Harganya RM1.00 seekor jika dijual kepada pengusaha restoran makanan laut sekitar Sabak Bernam.
Setelah dibersihkan beginilah rupanya

 Isi tiram yang masih mentah

 Untuk memudahkan membukanya, kami kukus dahulu tiram itu. Jika suka anda boleh makan mentah bersama perahan lemon.Tiram dikatakan mengandungi khasiat zink dan baik untuk kesuburan lelaki.
Tiram mentah dengan perahan lemon

Rupa tiram sesudah dikukus(kelihatan mengecut).Bagaimana pun tiada butir mutiara dijumpai

Anda juga boleh memanggangnya

Tinggallah cengkerangnya setelah isinya diambil. Jangan buang merata-rata
 kerana cengkerang tiram ini boleh dijadikan hiasan lanskap.

Tiram sejenis karangan laut,
Di air masin tempat tinggalnya;
Permukaan batu tempat berpaut,
Terkenal kerana mahal harganya.



Sunday 30 October 2016

PELUKIS KAKI DAN MULUT

Sanggupkah anda melakukan tanpa menggunakan tangan?
Kini lihatlah lukisan pada sampul surat duit raya ini ; mungkin anda kurang percaya
bahawa lukisan tersebut dihasilkan oleh insan dengan hanya menggunakan kaki.

 Lukisan asal ini telah dilukis dengan menggunakan kaki
oleh Mat Jamil bin Ramli.Mat Jamil pernah mewakili sukan paralimpik 
negeri Terengganu.

 Surat ini telah ditulis oleh Mohd  Khairuddin bin Che Rani 
dengan menggunakan kaki.

Antara beberapa orang pelukis yang menghasilkan karya menggunakan kaki.

Alhamdulillah. Seharusnya kita bersyukur kerana dianugerahi Allah anggota 
yang sempurna .Semoga ia menjadi iktibar untuk menggunakan
anggota yang sempurna itu kepada perkara-perkara yang
 membawa kebaikan.


Wednesday 26 October 2016

HARI KELUARGA KOMUNITI MUSLIM TAMAN AMAN,TAMAN DAMAI DAN TAMAN INTAN JAYA

Setelah sekian lama merancang barulah kali ini Komuniti Muslim Taman Aman,Taman Damai dan Taman Intan Jaya Sabak Bernam berjaya mengadakan hari keluarga di luar kawasan.Walaupun hanya 10 keluarga yang menyertai tetapi penyertaan kali ini memberi pengalaman manis buat kami semua.


Hari keluarga tersebut berjaya diadakan pada 22 hingga 23 Oktober 2016 
di Yeob Bay Hotel, Teluk Senangin Manjung Perak. 

 Selepas check in hotel kami makan tengah hari di pantai yang kedudukannya kira-kira 50 meter dari tempat penginapan.Alhamdulillah, masing-masing membawa potluck sendiri dan kami makan bersama-sama seperti dalam satu keluarga.




 Enaknya dan santai

Di sebelah petangnya pula kami mengadakan acara sukaneka.Antaranya ialah acara kutip gula-gula kanak-kanak bawah 7 tahun, tiup belon besar kanak-kanak 7-12 tahun,baling tin berpasukan, suri teladan ,pertandinganmencari remis dan kijing dan acara riadah bola tampar lelaki.
 Acara baling tin


 Acara rebut gula gula

 Tiup belon sampai besar

 Suri teladan....mengasingkan rempah ratus macam Siti Muslihat

 Mencari remis dan kijing pulak


Kehadiran cucu-cucu peserta  menambah seri hari keluarga kami

 Makan malam
 Meriah bersama keluarga

Keesokannya pula ada lagi tiga acara iaitu pertandingan istana pasir,
boling kelapa dan tiup belon dewasa.

 Istana pasir



 Boling kelapa yang mencabar...nampak senang tapi tak kena

 Tiup belon siapa besar perempuan dewasa

Hadiah sudah menanti

 Hadiah Juara Istana Pasir


Bertemu dan berpisah adat manusia biasa,
Hilang di mata tapi di hati tidak lupa,
Berdoalah kita agar aman dan sentosa,
Semoga bertemu pula kita di lain masa.


Hari keluarga tiga taman,
Sudah dirancang berbulan-bulan,
Bertambah erat persahabatan,
Memupuk semangat kejiranan.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...