Monday 29 August 2016

RINDUNYA DENGAN SEKOLAH LAMA

Tidak terkata gembiranya apabila ada seorang guru: Puan Nor Huda Abdul Rahman menjemput Atuk untuk menjadi hakim kecerian kelas sempena Hari Kebangsaan di sekolah lama :SK Parit Baru.Dengan berbekalkan sebuah kamera DLSR Atuk hadir ke sekolah ini .Alhamdulillah Atuk juga berkesempatan bertemu rakan lain yang telah bersara, sama-sama dilantik menjadi hakim.
Pertandingan dimulai dengan acara wakil PIBG memotong riben 
di salah satu pondok wakaf 




 Sudut tokoh-tokoh


 Piramid makanan...idea yang menarik


 Kononnya inilah Bakhtera Merdeka

Susunan yang anggun




Tahniah kepada semua guru kelas dan muridnya kerana bertungkus lumus menghias yang bukan setakat hiasan malahan menjadi bahan bantu mengajar dan informasi.

Pohon kelapa ini Atuk yang menanamnya bersama-sama murid Tahun Enam empat tahun yang lalu. Tak sangka sudah tinggi sebegini dan berbuah lebat.


 Kemeriahan menyambut Hari Kebangsaan sudah terasa walaupun belum tiba harinya

Taman Herba mengekalkan tumbuhan lestari.Pokok besar dibiarkan 
melindungi pokok kecil di bawahnya.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...