Thursday 29 May 2014

DI PASIRAN PANTAI TELUK SENANGIN

Lebih kurang 15 kilometer dari Bandar Sri Manjung terdapat sebuah kawasan pantai yang boleh dianggap cantik dengan pasir yang halus. Pantai yang landai apabila surut lantaran kelihatan kawasan berpasir yang luas. Banyak chalet dan resort terdapat di sini bagi memenuhi keperluan pelancong tempatan dan luar negara.
Dataran Senangin Dua






Remis seperti ini banyak didapati di sepanjang pantai. Boleh gunakan senduk nasi untuk mengorek pasir dan muncullah si remis tu.


 Chalet De Idaman


Chalet De' Idaman
Dewan makan

Yeob Bay
Bilik hotelnya menghadap laut....nyaman




Telok Senangin Chalet ..ala ala tradisional

 Menjaga kelestarian alam....tanpa perlu menebang pokok

 Ruang makan yang santai

Chalet di kaki air pantai..berhawa dingin

Tuesday 13 May 2014

JOM KE CAMERON HIGHLANDS

Sejak 1996,  Atuk sekian lama tidak berkunjung ke Cameron Highlands. Kini atas pelawaan anak sulung Atuk, terbuka hati ini untuk ikut serta.Sudah banyak perubahan berlaku di sana termasuk suhunya sekarang tidaklah sesejuk dahulu.Suhu kini antara 16 hingga 24 darjah Celcius.

 Bermula dari Tapah perjalanan akan melalui jalan yang bengkang-bengkok dan curam.

 Melalui Air Terjun Lata Iskandar


Perjalanan dari Tapah ke Tanah Rata kira-kira 58 km

Pekan kecil Ringlet


 Pekan Tanah Rata sentiasa sibuk dan sesak dengan kenderaan pelancong dan warga tempatan


Jangan lepaskan peluang berkunjung ke Taman Agrotek MARDI Cameron Highlands






Heliconia:  Bird of Paradise terdapat di Taman Agrotek MARDI

Selepas hujan kabus akan muncul dengan banyaknya. Indah...seolah-olah di luar negara.

 Replika buah-buahan dan sayuran di Tanah Rata

 Apartmen untuk disewa

Buah kelapa laut Afrika banyak dijual di sini

Berhampiran dengan bangunan ini adalah pasar menjual hasil tani yang cukup meriah dan sinonim dengan konsep pekan Brinchang









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...