Wednesday 23 April 2014

BELANGKAS


Haiwan laut ini biasa ditemui ketika air pasang di waktu pagi. Ia berenang berpasangan di gigi air yang berpasir yang sedikit berlumpur.Ahli sains menganggap belangkas adalah salah satu haiwan purba yang masih masih hidup hingga sekarang tanpa evolusi melalui bukti yang haiwan ini berdarah biru.


Ia sentiasa berpasangan ketika bergerak di air

Yang di atas itu belangkas jantan (lebih kecil) dan yang di bawah itu pula belangkas betina.
  

Setelah disiang kakinya (hanya belangkas betina), siang pula bahagian tepi lingkaran bulat .Telur akan kelihatan dengan banyaknya.

Telur dan daging belangkas boleh dimakan.Buangkan bahagian nyahtinja dahulu kerana ianya beracun. Racun yang dimaksudkan hanyalah sekadar mabuk kepada sesiapa yang memakannya.Ia boleh dimasak tumis , masak lemak berkunyit atau apa jua jenis masakan asalkan pedas supaya rasa hanyirnya hilang atau berkurangan.









Saturday 19 April 2014

CUCU PERTAMA

Atuk kini benar-benar bergelar Datuk lantaran cucu yang pertama yang dilahirkan pada 2 Oktober 2013 yang lalu.Cucu Atuk dilahirkan di Hospital Besar Melaka hasil perkongsian hidup anak Atuk : Mohd Shazwan dengan pilihan hatinya Noraziah binti Zamran setahun yang lalu.

Cucu Atuk diberi nama Ahmad Lutfil Hadi bin Mohd Shazwan.

Ketika berusia seminggu



 Ketika majlis cukur jambul pada 22 Disember 2013




Foto selepas dicukur rambut penuh kali kedua pada 23 Dis 2013



Lena


Bersama kedua ibu bapanya

 Di usia lapan bulan sudah mula merangkak dan belajar duduk

Like father like son.....sebelah kiri foto anak Atuk semasa kecil dan sebelah kanan foto cucu Atuk sekarang.Memang seiras...ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi....

Semoga cucu Atuk menjadi insan yang soleh. Amin





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...