Tuesday 31 December 2013

MASJID NEGERI KELANTAN : MASJID MUHAMMADI

Bahagian depan sebelah kiri masjid

 Dewan Muslimah

Bangunan milik masjid yang dijadikan tempat pengajian

 Pandangan dari pintu hadapan


 Dewan solat muslimin

 Pengajian sedang berlangsung antara waktu maghrib ke isya'.


 Tandas yang cantik,bersih dan terurus

Beduk

Anda boleh meletak kenderaan di dataran ini jika parkir di bahu jalan keliling masjid telah penuh.


Friday 6 December 2013

MASJID JUBLI PERAK SULTAN ISMAIL PETRA, RANTAU PANJANG

Idea pembinaan masjid ini adalah dari YAB Tuan Guru Dato' Nik Aziz Menteri Besar Kelantan pada tahun 1997. Beliau memilih senibina seperti ini kerana pandangan beliau bahawa agama Islam adalah agama yang syumul dan dianuti oleh pelbagai bangsa .Masjid ini terletak di tepi Lebuhraya Pasir Mas -Rantau Panjang iaitu 2 km dari Pekan Rantau Panjang.Elemen-elemen bercirikan seni bina China nampak ketara  pada reka bentuknya yang melengkung bermotif " Brake Cluster" di bahagian bawah bumbung.Ia juga dikenali sebagai Masjid Beijing dan boleh memuatkan 1000 orang jemaah pada satu-satu masa.

Pintu gerbang yang indah dan menarik seakan-akan di negeri China


Selain dari itu tata atur bangunannya berasaskan kepada ' wall within a wall ' atau taman terbuka di kawasan bangunan.

Ruang ini boleh digunakan untuk solat jika keadaan memerlukan.

Pandangan dari pintu gerbang: Menara berbentuk serban yang disokong dengan lilitan murkanas pada bahagian bawahnya.

Tandas yang bersih

Kedudukannya yang terletak di pintu masuk Thailand - Malaysia  memanglah amat strategik bagi penganut Islam singgah beribadat selain digunakan oleh rakyat Malaysia sendiri yang singgah setelah membeli belah di Kompleks Bebas Cukai di Rantau Panjang.


Thursday 5 December 2013

PASAR BESAR SITI KHADIJAH KOTA BHARU

Nama sebenar pasar ini ialah Pasar Besar Buluh Kubu.Nama tersebut ditukar kepada Pasar Besar Siti Khadijah oleh YAB Menteri Besar Kelantan Datuk Seri Nik Aziz memandangkan kebanyakan peniaga adalah kaum Hawa. Ia mempunyai empat tingkat

Pandangan sebelah dalam Pasar Besar Siti Khadijah
Kebanyakan para peniaga adalah wanita
Di tingkat bawah ditempat perniagaan pasar basah

 Pandangan luar Pasar Besar Siti Khadijah



Bazar batik dan pakaian di tingkat 2

 Telur penyu biasa : RM4.00 sebiji .Boleh didapati tingkat bawah bahagian tengah pasar
 Telur penyu masin

 Ubi wi

Jagung rebus

 Gerai dan bazar makanan di tingkat 1


Gula kabung banyak didapati di sini

Makanan yang unik terdapat di sini. Kebanyakannya makan di sini manis-manis.

 Akok

 Bunga tanjung

 Jala emas

 Pulut panggang manis tidak berinti

Tapai pulut dibungkus dengan daun getah





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...